Gegaq Ria

Tudia...bergegaq tak? hahaha...semalam Kelab Reka Bentuk dan Teknologi telah menganjurkan program Gegaria RBT yang julung2 kalinya diadakan. Sepanjang 5 tahun setengah Zack belajar di sini, inilah buat pertama kalinya program seperti hari terbuka atau hari bertemu pelanggan bagi Jabatan Pengajian Teknikal diadakan.


Dalam penganjuran kali nie, beberapa pameran produk kerja tangan dan kegiatan pelajar RBT dipamerkan untuk lawatan pengunjur. Ramai yang tak tahu apa yang boleh dan berjaya dihasilkan oleh pelajar RBT. Pada hari tersebut, pengunjung diberi penghormatan untuk melihat sendiri hasil kerja tangan yang dilakukan pelajar RBT untuk memenuhi kehendak kursus setiap semester.

Untuk pengetahuan semua, kami pelajar RBT setiap semester ada amali. Boleh dikatakan setiap semester juga lah akan ada produk baru hasil kerja tangan kami. Walaupun kerja2 tersebut dilihat pengunjung seperti biasa2 je tapi harus diingat produk tersebut mengambil masa berbulan2 untuk siap. Sebab tempoh masa nak menyiapkan projek tu agak terhad. Nak tengok ape projek yang aku lalui sepanjang aku study kat sini? Jom...



Mini Lanskap




Meja Kopi


Yang seterunya adalah produk terakhir dari kelas aku untuk semester yang terakhir nie...berpuas hati dengan hasil kerja yang kami hasilkan...:)


designer/owner: Dib'As


designer/owner: ElliYana 


designer/owner: Gosok Team


designer/owner: HaNabilla Erk


designer/owner: Lonely (Lonely Table)


designer/owner: WanJang (Tools Table)


designer/owner: KimMan


designer/owner: Kemaih-Kemain (Funcy Block)


designer/owner: HaiKoi


Sapa tahu yang mana 1 produk yang aku buat? hahaha...projek aku xhebat...but functionable...nie la projek aku dengan share partner aku....


Banyak lagi pameran dan aktiviti yang diadakan. Tak tertangkap gambar. Ini saja gambar yang mampu aku share dengan korang. hope korang enjoy baca blog aku nie. :) Ok, cukup dulu untuk event Gegaria RBT. Next entry mengenai event seterusnya yang turut berlaku dalam minggu nie.


 Sebahagian daripada warga Jabatan Pengajian Teknikal, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Cara Yang Betul Pakai Penutup Hidung Dan Mulut