Penafian a.k.a Disclaimer

Selamat Datang Ke Dunia Aku Hidup Aku. Zack Azrin mengalu-alukan semua pembaca yang berfikrian terbuka dan menghormati pendapat serta fahaman dan ideologi Zack Azrin. Zack Azrin mempersilakan sesiapa sahaja yang berfikiran jumud untuk meninggalkan Dunia Aku Hidup Aku. Semua catatan dalam Hidup Aku Dunia Aku merupakan catatan peribadi berdasarkan ideologi peribadi Zack Azrin. Saudara dan Saudari digalakkan meninggalkan komen sebagai perkongsian dengan Zack Azrin. Cadangan dan kritikan bolehlah disalurkan ke alamat e-mel berikut:

elitecombat.azrin@gmail.com

Zack Azrin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Saudara/Saudari melawati Hidup Aku Dunia Aku serta komen yang ditinggalkan. Salam diskusi.

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Alhamdulillah, Jumaat lepas kiter dah memasuki tahun baru Islam. Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru Masihi pulak. Erm…selalunyer dalam suasana macam nie, banyak la soklan2 cepu emas akan kedengaran. “Weh, ape azam ko untuk tahun baru nie?” Tak pun, ade yang volunteer bercerita. “Aku tahun baru nie nak…bla…bla…bla…” Sampai kadang2 kiter terfikir sendiri, cukup ke tahun nie diorang nak capai semua azam2 diorang tu. Kalau disenaraikan boleh makan 2 helai kertas kajang SPM. Bile tanyer balik, “Azam ko tahun lepas tercapai tak semua?” Dengan selamba cipan dier jawab, “Tahun lepas tahun pendek la. Tak sempat nak capai semua.” (dah agak dah…) Hakikat nyer, tak de langsung usaha nak capai azam tahun tu. Jadi, as conclusion buat la azam yang berpada2. Biarlah azam tu sikit je, 2-3 kerat janji kiter dapat capai. Daripada banyak azam, 1 pun tak tercapai. Tambah2 lak azam yang melibatkan sikap. Perhh…liat nak tinggal perangai lama. So, berazam la sikit2. Azam Zack tahun 2010? Sebenar nyer Zack tak pernah berazam setiap yahun baru. Tak berwawasan kan Zack nie? Tiap2 hari Zack berazam. Waktu malam berazam nak bangun tahajjud, tapi…faham2 jela eh…(hehehehehehe) Okeh, nak tahun azam Zack untuk tahun 2010?

1. Zack nak bersikap positif dalam semua perkara.

2. Berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran supaya graduate nanti dapat first degree. (angan2 tak cikai…)

3. Buy my dreamer motorcycle. (Yamaha 135 LC…dah hampir2 nak tercapai dah…)

4. Nak buat simpanan untuk masa depan. Tak banyak sikit pun jadi la. Sikit2 lama2 jadi bukit.

5. Nak tambah lagi ramai kawan tak kira siapa pun dier janji ikhlas. Samada rakan blogger or lain2. I’m like to makes friend.

Hahahahhaha…5 azam Zack tahun baru 2010 nie. Agak2 tercapai tak erk? Hehehehehe…tanyer orang lak. Tanyer la diri sendiri kan. Tapi, Zack rase Zack dapat lakukan semua azam Zack nie. Yang penting lawan nafsu diri. Aha, korang nyer azam ape lak erk?

Usia

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Aha…sekarang Zack nak cakap pasal usia. Agak2 nyer la kan, berapa lama agak nyer kiter nak hidup erk? (opsss…) Sorry Zack tanyer soklan yang kontroversi sket. Okeh, sebenarnyer Zack nak berbincang dengan korang readers blog Zack nie pasal usia yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Aha…kenapa tetibe Zack bawak topik nie erk? Dah nak menikah ke? Hahahahhaha…Zack takkan menikah selagi Zack tak de rumah and kereta tau! Itu tekad dan azam Zack. Selagi Zack tak de kereta and rumah memang Zack takkan menikah. Sebab nyer? Simple like nuts. Wakakakakkaka…direct translate 2. Bagi Zack, mereka yang dah ade kereta and rumah nie mempunyai kewangan yang dah kukuh. Kalau tak kukuh pun, dier dah de tempat nak berteduh and mempunyai kemudahan kalau nak bergerak. Tak de la nanti bila dah kawin duk kat umah sewa or lebih teruk lagi duk dengan mak mertua. Oh3…memang Zack tak dapat terima. Zack lebih senang tinggal kat rumah sendiri. Dan, rumah Zack nanti akan ada mak, abah dan adik2 Zack. So, salah satu kriteria calon isteri ialah sanggup tinggal dengan keluarga Zack. Kenapa Zack tetapkan syarat macam tu? Sebab Zack anak sulung dan dah menjadi tanggungjawab Zack menjaga kebajikan mak, abah dan adik2 Zack walaupun diorang dah besar and bekerja. Lain la kalau diorang dah berkahwin. Ikut suka hati mak bapak jiran sebelah mak tiri diorang. Wakakakakka…Tapi Zack memang suka tinggal ramai2. Tak rase terlalu kosong sangat rumah and hidup Zack. Ishhhh…dah jauh menyimpang nie. Balik pada topik asal. Korang rasa la kan, pada usia berapa erk sang lelaki nie sesuai sangat menamatkan zaman bujang nyer? Pada usia 25 tahun ke? 28 tahun ke? 30 tahun ke? Ermmmm…harap Zack dapat feedback dari korang. Komen erk.

Kopitiam Sudeh...

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Salam rindu kepada semua readers blog Zack. Ermmm…agak lama jugak erk Zack tak update blog nie. Zack nak buat macamana, nak online kat umah tak ade broadband. Nak lepak kat café or kopitiam lak, poketnya tak berisi. So, senyap je la. Nie pun online kat kopitiam. Ongkosnya, ihsan dari my mom. Thanks mom. (hehehehehehe) Sepanjang Zack cuti nie, surat khabar tak pernah Zack tinggalkan. Yela, dah la tak kuar dari umah, ape berita pun tak tahu kalau tak baca akhbar. Every day Zack mesti baca. Helai demi helai. Sampai la ke bahagian iklan. (wakakakakkakaka) Zack rasa dah banyak Zack membaca. Macam2 cerita. Yang Zack pasti, kes bunuh or lebih kepada kematian la kan, tiap2 hari ada je beritanya. Kemalangan la, kene bunuh la, kene ragut la. Ish…sampai Zack dah boleh agak apa citer akan keluar kat dalam news paper tiap2 hari. Boleh tak erk kalau dalam sehari tu tak ade news kematian? Agak2 syarikat akhbar boleh alami kerugian tak? (hehehehehhehe) Ape pun, news2 tu semua memberikan kiter peringatan dan peluang sebenar nyer. Yelah, macam Zack, Zack tak pernah nak pikir2 pasal mati nie tiap2 hari. Zack pun percaya korang tak pernah rase terfikir or teringat pasal mati kalau tak terbaca or terdengar pasal semua nie. Betul tak? Oleh itu, news2 macam tu sedikit sebanyak memberikan kiter peringatan dan peluang untuk memperbaiki diri. Bila Zack tiap2 hari baca news pasal kematian nie, terdetik kat hati. Semakin bertambah usia kiter, semakin kurang hayat nak hidup. Kiter pun tak tahu bile ajal kiter akan sampai. Tapi, kiter tetap gah dan tak kisah akan amal kiter. Tiap2 hari buat dosa. Solat pun kadang2 lalai. Bukan kiter tak takut pembalasan Allah, Cuma kiter terleka, terlalai dengan limpahan nikmat dan kemewahan dunia yang kiter kecapi sekarang. Kiter hanya akan ingat mati, dosa, azab, bile kiter dalam kesusahan, kesakitan, kesempitan. Haaa…masa tulah baru teringat nak bertaubat la…nak bersedekah la…nak solat la…nak itu la…nak ini la…Bak kata pepatah, bile nyawa dah di hujung tanduk, baru nak tengadah. Itulah resam manusia. Zack bukan bercerita pasal orang len erk, Zack bercerita pasal diri Zack sendiri. Dan Zack yakin, korang pun serba sedikit ade jugak macam tu. Mungkin tak sama, tapi serupa. (hehehehehehhe) Ape pun, niat Zack baik, nak berkongsi and ember peringatan pada korang as readers and kawan baik Zack. Sama2 la kiter perbaiki diri. Tak gitu…;-)

*****

Baru2 nie Zack de terbaca pasal dua orang artis kiter yang berkelahi and bertelagah entah pasal ape entah sampai masuk news paper. Zack rase korang pun de terbaca pasal diorang nie. Alah…pasal pelakon utama drama Nur Kasih tu. Yang korang tak pernah ketinggalan tengok tu. (sorry erk, Zack tak layan Nur Kasih…huhu) Ermmm…kisah nie tersebar luas ke seluruh pelusuk Malaysia nie pasal ape? Ooooo…adakah sebab ibu si aktres nie seorang Datuk? Pelik la ibu2 zaman sekarang nie. Especially mereka yang tergolong dalam golongan elit. Perlu ke diperbesar2kan isu2 macam nie? Dah macam membuka pekung masing2. Cuba kiter bawak berbincang pelan2. Orang cakap selesaikan masalah secara berhikmah. Nie tidak, masing2 nak menegakkan benang yang basah. Masing2 mempertahankan diri masing2. Tak tahu siapa salah dan siapa betul. Pada Zack la, sebagai orang lama, seorang ibu, seorang yang bergelar Datuk, seorang yang terpelajar (mungkin), mempunyai kedudukan yang dihormati masyarakat, bertindak dan menggunakan jalan dan pendekatan yang lebih diplomatic dan berkesan. Panggil kedua2 orang artis nie, tanya diorang apa masalah sebenar yang berlaku. Melalui apa yang Zack baca di dada akhbar, si ibu nie hanya mendengar adu domba anaknya sahaja. Dia tak dengar lagi penjelasan dari si lelaki yang dikatakan kaki pukul nie. Aduhai…katakanlah si anak Datuk nie yang bersalah? Siapa malu? Datuk jugak kan? Lepas tu akan timbul satu lagi kisah. “Anak aku jadi macam nie sebab laki tu la!” Saling salah menyalahi orang lain. Zack amat yakin, orang berkedudukan dan mempunyai gelaran nie (sesetengah je la) mempunyai ego yang tinggi. Terutama golongan wanita sebabnyer, wanita mempunyai 1 akal tetapi 9 nafsu. Itulah beb, berita2 macam nie buat semak akhbar je. Kisah nie je dah makan 2-3 pages space akhbar. Kalau letak berita yang membina pun dah bagi faedah kepada pembaca. Dunia…dunia…



Sekadar Melintas

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Apa khabar beb? Zack harap you guys sihat2 selalu and ceria2 selalu. Kalau tak ceria, tengok la astro ceria...mesti ceria punyer lah. (hahahahahaha) Maklum la Zack kan tengah bercuti. Ermmm...cuti kali nie memang tak de program. Sebab nyer duit pun tak berapa nak ada. Sorry guys, long time not writing here. So, nak selamat duk je kat rumah. Tapi, insyaAllah next break Zack nak g bercuti kat Genting Highland Kota Keriangan. Dah plan dah dengan member. Hopefully its become true. Sape nak itot?!!!!

Sebenarnya, Zack tak tahu nak update and ceritera apa kali nie. Saje suka-suki nak post entry nie supaya korang tahu yang Zack still hidup dengan aman damai di kampung. (poyos...) To Adie, thanks for ur entry that have footnote and dedicate piece of photo to me. Its touched my heart dude. (huhu...) Oklah, nanti dah de mood and citer Zack post lagi entry erk. Miss you all. Salam.


Last Post

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.




Mungkin nie merupakan entry terakhir Zack untuk bulan nie dan seterusnya. Kenapa? Sebab Zack dah selesai menduduki final exam pagi tadi dan sekarang adalah masa untuk Zack ber-isteri rehat di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Memandangkan kat rumah tak de kemudahan internet, Zack dah tak boleh nak update blog kesayangan Zack nie selalu. Mungkin kalau ada kesempatan Zack akan ke kopitiam untuk online. Tapi, tak leh la selalu sebab mahal makan minum kat kopitiam tu. But, for me is standard la. Nama pun kopitiam. Takkan sama dengan warung mamat tepi jalan. Zack akan bercuti selama sebulan lebih or around 45 days till new semester open on January 2010.
So, Zack ambil kesempatan malam nie nak ucapkan kepada semua visitor blog Zack, thank you for ur support and visited my blog. Insya-Allah, Zack akan terus menulis selagi idea dikurnai dan selagi jari jemari masih boleh menari. Selamat bercuti kepada semua rakan2 kampus Zack. Jumpa lagi tahun hadapan dalam semester yang baru. Miss you all.



Last For Ending

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Jam waktu entry nie ditaip menunjukkan pukul 12.35 pagi 18 November 2009. Hari terakhir Zack untuk sem nie. Huh...kenapa exammood nak study tak semarak paper sebelum2 nie. Slow and cool je. Mungkin paper nie paper terakhir kot and pemberatan nyer pun hanya 30% je. So, tak de effect sangat la pada result. (agak nyer la...) Sebab kitorang dah buat amali untuk subjek nie. Erm...tak tahu la ape nak jadi dengan Zack nie. Nak kata roh dah sampai rumah tak jugak. Ape pun, Zack dah bersedia nak exam esok. Baru je habis buat revision and i'm ready for tomorrow. Pray my luck tomorrow guys. Gud nite.


Exam Again

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Yesss...esok Zack exam lagik. Third paper and second last one. Lepas tu, holiday...Tak sabar nak balik kampung nie. Teringat sangat kat masakan mak. Walaupun masakan mak masakan kampung, tak ade spaghetti or macaroni, tapi itulah yang Zack rindui. Selalu nyer favorite Zack adalah ikan merah masak cabai or ayam masak kicap. Perhhhh...terangkak beb...hahahahahha...Melalut dah nie. Okies la guys, Zack nak study dulu. Doakan Zack dipermudahkan menduduki dan menjawab final esok erk. Bye...


Yummyyyyyyyy....


Terliur beb....tap...tap...air liur menitik beso2 penumbuk...wakakakakka...


Hubby, Darling, Sweetheart

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


hubby...
dulu i benci...
sebab u budak lagi...
umor kite lari...
i takut tak serasi...
tapi i bole mati...
bile u takde kat sisi...
baru i akui...
memang i cintakan hubby...
nak wat camne lagi...
ngaku je la serah diri...


darling...
bile u ajak dating...
i gelak guling-guling...
sampai i jadi pening...
i tengok orang keliling...
tapi u tak ambik pusing...
u kate i sorang je penting...
i cube nak berpaling...
rasa macam nak baling...
tapi hati i hening...
u takde i gering...


sweetheart...
dulu i wat muke ketat...
sebab hati rasa berat...
dapat pakwe tak cukup zat...
u muda tapi i da berkarat...
tapi u pegang erat...
u cakap itu tak kuat...
untuk musnahkan semangat...
akhirnya i tunduk terkulat...
ngaku kalah dari menyekat...
rindu kat u yg semakin kuat..
.

Perjalanan 1989-2009

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Tahun 1989...

Tepat jam 11.40 malam 18 April 1989, Bilik Bersalin Hospital Daerah Parit Buntar dipenuhi raungan tangisan bayi lelaki sulung Abu Bakar bin Ahmad. Laungan azan diperdengarkan dan nama dia mula didaftarkan sebagai warganegara Malaysia yang baru lahir. Tangisannya sentiasa kedengaran tatkala mata dibuka dan hanya sepi bila terlena. Nenek berkata, nanti budak nie besar buas. Nakal. Mak hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Ditinggalkan Abah ketika berusia 3 bulan kerana menyambut seruan pertiwi melawan insurgensi di hutan Grik selama berbulan2. Mak dan dia tabah menanti dengan doa kemenangan. Alhamdulillah, Abah pulang dengan selamat.

Tahun 1994...
Ketika ini dia berusia 5 tahun. Dia ditinggalkan mak dan abah untuk diasuh oleh nenek tercinta selepas tok wan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sekurang2nya nenek berteman. Dia diberi pendidikan awal di Pusat Asuhan Islam (PASTI) Sungai Bogak, Bagan Serai selama setahun yang kemudiannya diambil kembali oleh mak dan abah kerana tidak dapat berjauhan dengan dia. Mak dan abah sentiasa termimpi2kan dia ketika tidur walaupun dia sudah mempunyai seorang adik yang berusia 3 tahun. Mungkin kerana dia anak sulung bagi keluarga tersebut.

Tahun 1995...
Dia ditadika di Tadika Kemas, Kemunting. Tinggal di rumah yang disewa abah kerana berdekatan dengan tempat kerjanya, Kem Artelari Kemunting. Dia baru terasa bahagia bersama ibu bapanya. Dia mempunyai 3 orang kawan yang juga penyewa rumah sekitar taman tersebut. Tidak lama kemudian, abah menamatkan perkhidmatan tenteranya kerana tidak sanggup untuk meninggalkan anak2 kecil kesayangannya untuk berjuang mendaulatkan tanah air tercinta. Mereka berpindah ke kampung halaman abah di Changkat Jering, Taiping. Mendirikan Rumah sendiri hasil wang saguhati perkhidmatan tentera abah.

Tahun 1996...
Dia diberi pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering. Tidak jauh dari rumah. Hanya 5 minit saja. Ketika itu, mak bekerja sebagai Operator Pengeluar kilang Sony di Perai, Pulau Pinang. Abah pula menyambung perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Pengawal Keselamatan KP11 di Pusat Serenti Batu Kurau yang sebelumnya di Serdang, Kedah. Dia mula terfikir mengenai hidupnya. Sedih dengan hidupnya yang difirkirkan sudah kurang kasih sayang kerana ditinggalkan mak dan abah untuk mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Namun dia tidak mengerti. Dia perlukan kasih sayang.

Tahun 2002...
Disebabkan keputusan UPSR nya tidak memuaskan dengan hanya memperolehi 2A 2B 1C. Dia didaftarkan masuk tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri yang jaraknya 15 minit dari rumah. Dihadiahi sebuah basikal mini yang juga milik mak dahulunya untuk berulang alik ke sekolah. Dia cekal mengayuh dalam kedinginan pagi dan keperitan bahang matahari yang kadang kala kuyup basan kehujanan. Dia tidak sekali2 merungut untuk dihantarkan ke sekolah walaupun terdetik di hati perasaan cemburu rakan2 lain tiap2 hari dihantar dan dijemput mak dan abah tercinta. Dia semakin matang mengenai kehidupan berdikari.

Tahun 2004...
Dia akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Gementar di hati tak siapa tahu. Borang permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional sudah dibeli. Sudah diisi tetapi belum dipos. Otak ligat berfikir keputusan yang muktamad. Hati berat meninggalkan mak dan abah tersayang. Walaupun dirinya seakan2 tidak diberi perhatian dan kekurangan kasih sayang dari mereka. Dia bijak menilai. Dia faham akan peranan dan tanggungjawab mak dan abah untuk memberi kami adik-beradik keselesaan untuk hidup dan belajar. Hasrat untuk ke Sekolah teknik dan Vokasional dibatalkan. Borang disimpan rapi untuk dijadikan kenangan hari depan. Kini dia bertekad untuk terus menggapai kejayaan di sekolah lama dengan menjadikan aliran Sains Kejuruteraan sebagai fokus utama. Minatnya terhadap Lukisan Kejuruteraan tidak dapat dipadam di samping status budak aliran Sains yang dipandang tinggi.

Tahun 2005...
Berkat usaha dan doa, dia berjaya meneruskan persekolahan ke tingkatan 4 aliran Sains Kejuruteraan. Dia bersyukur dan berazam untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran supaya dia dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di universiti. Namun, azam hanya tinggal azam. Subjek yang paling dia lemah adalah Matematik tambahan dan Sejarah. Dia bukan bodoh, tapi malas. Itu kata2 cikgu pada mak semasa mengambil Kad Laporan Pertengahan Tahun. Mak dan abah bagi nasihat. Dengar sekejap, ikut beberapa hari, lepas tu lesap semuanya. Kembali kepada asal. Dia berjaya menemui sahabat karib. Bukan satu tapi tiga. Yang paling rapat dan memahami dia hanya seorang. Kebetulan, kesemuanya adalah anak sulung. Tetapi, berlainan latar belakang. Seorang anak cikgu dan dua orang lagi anak bekas tentera (pencen).

Tahun 2006...
Tahun paling getir bagi dia dan rakan2nya. Tahun SPM dan tahun akhir bagi dia di arena persekolahan. Dia masih lemah dalam Matematik Tambahan dan Sejarah. Dia hanya berserah pada Tuhan. Memasukki dewan peperiksaan dengan kaki kanan dan lafaz Basmallah dengan harapan diberikan ketenangan dan kesenangan menduduki peperiksaan tersebut. Hari demi hari dilalui sehinggalah kertas terakhir peperiksaan. Kini, dia merdeka dari status pelajar sekolah dan mula memasukki alam remaja. Mak dan abah memberi kebebasan pada dia namun tetap diperhatikan gerak geri oleh mak dan abah. Dia tidak seperti yang disangka dan dirisaukan mak dan abah. Dia pandai menjaga diri sendiri. Dia bukanlah jenis sosial tetapi berjinak2 untuk bersosial seperti remaja lain.

Tahun 2007...
Keputusan peperiksaan SPMnya sudah diumumkan. Keputusannya agak mengecewakan. Dia hanya dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik dan beberapa IPT lain. Dia juga berminat dan cenderung kepada bidang penerbangan. Dia memohon ke salah sebuah kolej penerbangan. Dia berjaya. Namun, mak dan abah menolak. Dia akur. Dia hanya dapat melihat sahabat rapatnya melangkah ke dunia penerbangan. Hanya dia terkandas untuk meneruskan impiannya dalam dunia penerbangan bersama2 sahabat rapatnya. Mak telah dipengaruhi Mak Nyang untuk dimasukkan ke Institut Perguruan. Katanya, masa depan cerah. Disebabkan harapan itulah, dia dikuarantin di rumah. Mengabaikan segala tawaran melanjutkan pelajaran.

Senarai peserta Program Latihan Khidmat Negara telah dipaparkan dalam akhbar. Serentak dengan itu surat melapor diri ke Kem Chenderiang Tapah juga tiba di rumah dengan selamatnya. Dia diiringi mak, abah, adik, Pak su, Maksu, dan dua orang sahabat baiknya, Ali dan Rizal. Dia memeluk mak dan abah serentak dengan itu mak melinangkan air matanya. Dia juga menangis kecil. Mak berpesan, jaga diri baik2. Buat apa yang patut bila kat kem nanti. Jangan lupa sembahyang. Itu pesan mak yang tak pernah dia lupa. Dia memeluk sahabatnya yang sudi datang untuk memberikan sokongan.

Jam 5 petang dia telah menjejakkan kakinya di Kem PLKN Chenderiang Tapah. Bermulalah kehidupannya sebagai seorang peserta PLKN. Bangun seawal jam 4 pagi untuk mengurangkkan kesesakan di bilik mandi kerana dia kurang selesa berebut2. Solat Subuh, Baris Pagi, Sarapan, Physical Training, Kelas, dan seterusnya Baris Malam sebagai penutup. Begitulah rutin harian daia semasa di kem tersebut. Di kem tersebutlah dia mula mengenali manusia luar yang pelbagai sikap dan perangainya. Perit bagi dia kerana dia sangat tidak berminat dengan PLKN. Undang2 mengongkong masa remaja lepasan SPMnya. Tapi tak lama, selepas dua bulan, dia menerima tawaran temu duga perguruan dan tawaran kemasukkan ke tingkatan 6. Peluang tidak dilepaskan dengan menggunakan alasan itu untuk menamatkan latihan PLKN lebih awal dari tarik sebenar. Dia berjaya. Dia berasa sangat bebas dan lebih menghargai kebebasannya.

Hari semakin suntuk. Semua rakan2 dia telah mendaftar sebagai pelajar IPT masing2. Dia masih di rumah menunggu keputusan kemasukkan ke Institut Perguruan. Dia tertekan. Dia memberontak. Cakap mak dan abah dia lawan. Sedikit kurang ajar. Bukan minat dia untuk menjadi guru. Tapi, demi keberkatan dan pengorbanan yang mak dan abah dah lakukan, dia turuti. Kejayaannya bertitik tolak dari keredhaan mak dan abah. Hari yang ditunggu tiba. Sampul yang tertera Urusan Seri Paduka Baginda dibuka dan

"TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JULAI 2007 KOD KURSUS S012R0E0MP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI/BAHASA INGGERIS/BAHASA MELAYU DI INSTITUT PERGURUAN PERLIS."

Mak dan abah tersenyum girang. Akhirnya anak mereka berjaya juga menjadi seorang guru. Dia senyum tawar. Jauh di lubuk hatinya ketidakselesaan dengan tawaran tersebut. Ianya bertentangan dengan cita2 asalnya mahu menjadi seorang jurutera. Namun, dia pasrah. Persiapan giat dilakukan. Dia sedikit gementar. Maklumlah, inilah kali kedua dia berjauhan dari mak dan abah selepas menjalani Latihan Khidmat Negara. Dia masih baru dengan dunia luar. Tapi, abah berpesan, dia adalah lelaki dan lambat laun dia terpaksa membawa diri jauh dari keluarga untuk bekerja.

16 Julai 2007...
Mendaflarlah dia sebagai seorang guru pelatih Institut Perguruan Perlis. Dari saat itu, bermulalah kehidupan dia sebagai seorang penuntut IPT. Dia dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Namun, memerlukan masa untuk berasa selesa dengan keadaan baru. Pengajian saling tak tumpah seperti sekolah. Cuma, dia tidak beruniform. Kemas bertali leher itulah peraturannya. Dia semakin selesa ditambah pula dengan pemberian elaun sara diri oleh KPM. Tidak disangka sesuatu yang tidak diminatinya dulu kini memberi keselesaan dan keseronokkan kepada dirinya. Dia kini percaya bahawa keredhaan ibu bapa akan memberikan keselesaan dan kejayaan.

15 November 2009...
Dia sekarang di tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kurang 4 hari lagi dia akan menematkan semester tahun nie. Tahun 2010 adalah tahun kedua bagi dia. Dia kini senang dan selesa dengan kehidupannya sekarang. Dia seronok. Sungguh tidak disangka, bidang yang dulu tidak dia minat kini semakin mencuri hatinya. Semakin banyak pengalaman yang diperolehi. Boleh dikatakan dia berbangga dengan pencapaiannya sekarang. Namun usaha harus dipertingkatkan lagi untuk menjadi yang terbai dalam kalangan yang terbaik.

Siapakah DIA? DIA adalah Muhammad Azrin bin Abu Bakar. Moderator dan penulis blog Dunia Aku Hidup Aku. Apa yang diceritakan sebentar tadi adalah perjalanan hidup Zack yang Zack rasakan amat berbekas dan bermakna dalam hidup Zack. Kalau nak diceritak secara terperinci memang panjang lagi entry nie. Cukuplah sekadar ringkasan dan sekilas pandang. Harap korang dapat serba sedikit mengenali siapa Zack Azrin. Nak kenal lebih lanjut, risik2 la sendiri.

p/s: Gambar bukan dari koleksi peribadi Zack. Gambar diperolehi dari capaian internet. Harap maklum.

Suka, Sayang, Cinta

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Waa...pembuka kata yang Zack harap boleh di trade mark-kan pada setiap entry akan datang. Oklah. Entry kali nie Zack nak meluahkan pendapat Zack mengenai percintaan dan kasih sayang. (maklum la...baru lepas tengok citer cintan sintun tadi...mood pun cintan cintun jugak le...) Lepas je tengok citer tu, tetiba timbul perasaan waaaa...bahagia nyer bile ade orang tersayang. (I'm not desperate nooo...)

Perasaan2 macam nie adalah fitrah dalam diri manusia. Semua orang nak hidup bahagiakan dengan orang yang tersayang. Betul tak? Korang abnormal la kau tak ade perasaan macam tu. (tersangat la alien...) Cuma, kadang2 kita ter-confuse dengan perasaan kita sendiri. Sama ada kita suka, sayang, atau cinta pada seseorang. Perkara nie membuatkan Zack terfikir dan terimbau kembali sejarah dolu kala yang Zack rasakan first love or may be monkey love on that time.

*****

On that time, I'm in 16 years old. Still in secondary school. What happen was, Zack tertangkap cintan dengan sorang budak perempuan nie. (cintan ke suke?!!) Zack di kelas aliran Sains Kejuruteraan dan dier lak di aliran kemanusiaan a.k.a akaun. Zack tak pernah cakap kat dier yang Zack suke dier, tapi Zack berdamping dengan dier kalau ade peluang. And I believe that girl know I'm like her. Cepat je rase masa berlalu. Sedar2 dah sebulan Zack bersama dengan dier.

Tak ade la rasa bahagia masa tu cume suke and happy bile ade seseorang bersama kite. Sampai la pada satu malam. (hah! what happen?! jangan fikir kuning erk...) Pihak sekolah buat bacaan Yassin dan doa selamat untuk budak tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan. Zack dan dier sama2 terlibat sebab kitorang pengawas sekolah.

Tengah2 sibuk buat keje susun2 kerusi dan meja, Zack terperasan sesuatu di luar jangkaan Zack. (that girl tak jauh dari Zack and dier tengah berehat sebab penat kot...) Member baik Zack sendiri, rakan sekelas, duduk sebelah je dalam kelas, bagi air sirap kat girl tu. Tersentap Zack waktu tu. Kawan Zack yang tadi duk lap2 meja perasan jugak. So, dier sabarkan Zack. Waaaa...mase tu Tuhan je tahu macamana degupan jantung Zack.

Hati Zack kalau that time ade kat luar diri Zack, gerenti berkecai menjadi debu. Korang leh bayangkan tak member sebelah meja dalam kelas, tempat Zack luahkan segala citer2 antara Zack dengan that girl, boleh tikam Zack dari belakang?! Memang tak Zack sangka. Zack cari peluang malam tu nak nak bercakap dengan member Zack tu. Bila semua member2 dah gerak nak pegi amik wuduk, Zack panggil mamat tu. Zack tanya dier straight to the point. (tak de mood aku nak berkias2...)

Zack: Berapa lama dah ko rapat dengan A****h?
Mamat: Eh kenapa dengan ko nie Azrin? (my real name) Ko jeles ke?
Zack: (nak kene hentak jugak budak nie kang...) Aku tanye ko jawab jela! Berapa lama?
Mamat: Ala...jangan r macam nie.
Zack: Ko nak aku sepak ko baru ko nak jawab! (memang spesis tak faham bahasa...)
Mamat: Ok2...kitorang rapat baru 2 minggu. Tu pun dier yang nak rapat dengan aku. Mase tu aku tengah baca buku kat library. Tetiba je dier datang offer. (patut la mamat nie rajin duk kat library sejak dua menjak nie...rupe nyer...)

Pas Zack dapat apa yang Zack nak, Zack tinggalkan mamat tu. Dier pegang bahu Zack, Zack tepis. Zack tak dengar lagi mamat tu panggil nama Zack. Zack amik wuduk terus masuk sembahyang. Zack memang moody malam tu sampai la balik rumah. Sampai rumah, mandi terus Zack masuk bilik. My parents asking me are you tired? Zack tak jawab. Lain pulak jadi nyer kalau Zack jawab.

Atas katil Zack masih terbayangkan mamat tu bagi air sirap kat girl tu. Terngiang2 lagi jawapan mamat tu kat telinga Zack. Tak semena-mena, berderai air mata. (lantak korang la nak cakap aku dayus ke hape...korang tak de dalam situasi aku masa tu...) Zack tak dapat terima yang member baik Zack sendiri tikam Zack. (lebih baik ko amik parang tetak leher aku.) Walau macamana sekali pun, Zack terima. Zack rasional, Zack tak pernah cakap kat girl tu yang Zack suke dier. So, no point to her to ignore boys around her.

*****

Begitu la kisah nyer. Kenapa Zack citer sejarah Zack nie? Ape motif nyer? Banyak sebenar nyer. Zack nak kiter nie jelas mengenai beza suka, sayang dan cinta. Zack sebenarnya tak cintakan girl tu. (tapi nangis....he3...tak malu...) Zack sayang pun tak girl tu. Zack cuma sukakan dier. Dan itu bukanlah first love Zack. Sekarang baru Zack sedar yang sejarah tu bukanlah cinta. Zack belum menemui cinta Zack. Zack hanya menemui orang yang Zack suka dan bukannya cinta.


Zack dapat simpulkan bahawa cinta itu akan hadir lepas kita melalui perasaan suka dan sayang. Bermula dari suka barulah wujudnya sayang dan apabila adanya sayang maka bertemulah kita dengan cinta. Setuju?!! Hanya teori Zack. Setiap individu mempunyai pandangan masing2. Oleh itu, kenali perasaan anda sebelum melafazkan kata.


Guru Rogol, Liwat Murid Sekolah

AMARAN/WARNING
ENTRY INI MENGANDUNGI KATA KEJI DAN CACI NISTA YANG KETERLALUAN. MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN DAN KE BAWAH SERTA YANG MEMPUNYAI DARAH TINGGI SERTA KENCING MANIS TIDAK DIGALAKKAN MENERUSKAN PEMBACAAN. ADMIN MEMOHON MAAF DI ATAS KEGANASAN DALAM ENTRY KALI INI. HARAP MAKLUM.

Apa first expression korang bile baca tajuk entry aku kali nie? Terkejut?! Atau tak de rasa apa2. Aku terkedu dan terkelu bila terbaca tajuk akhbar hari nie. Muka depan pulak tu. Aduh...tercalar lagi imej profesion keguruan hari nie. Cikgu ke LAHANAT tu? Kenapa la orang macam nie boleh tersesat dalam dunia pendidikan nie. Reputasi profesion guru nie semakin hari semakin dipandang serong dan tercalar dek perangai2 SETAN segelintir "cikgu" nie.

Nak kata pelacur tak ade, berjebah pelacur seluruh Malaysia nie. Yang masih bergetah, yang dah tak berapa nak kenyal, yang dah pencen pun ade. Yang korang duk santap budak2 sekolah rendah yang tak tahu mende tu buat ape? Umur BARUA tu dah 27 tahun. Tak tahu la dah kawin ke belom. Aku rase belom kawin kot sebab tu BARUA tu tibai budak2 sekolah rendah tu. Ko tak leh fikir ke ha?! Ko mengaji tinggi2 ade degree, master pastu buat perangai IBLIS.

Aku tak kisah dan tak heran kalau ko tutuh perempuan sundal sebab diorang memang nak wat keje sundal tu. Nie ko hentam budak2 setahun jagung yang tak tahu dunia lagi. Memang CELAKA la ko "cikgu". Ko memang bagi SIAL kat kitorang bakal2 graduate sebagai guru. Perangai IBLIS ko nie akan terpalit kat kitorang nie tau tak BARUA. Ko memang BODOH la "cikgu". Aku ingat lembu je yang paling BANGGANG, rupanyer ko lagi BANGGANG dari lembu.

Lembu pun pandai beza bini dengan anak orang. Ko anak orang pun ko tutuh. CIBAI lu "cikgu"! Mane kitorang cikgu2 nie nak letak muka! Nie yang buatkan aku semakin tak nak kekal sebagai cikgu nie. Habis kontrak aku nak cau. Sebab perangai ko la SETAN. Sekarang nak cakap aku cikgu pelatih pun aku malu sebab perbuatan CIBAI ko yang malukan kitorang. CILAKA lu "cikgu".


Happy Together 2

Nie picture yang Zack sengaja snap-kan sepanjang seminggu Zack ulangkaji untuk exam. Zack upload gambar nie hanya nak tunjukkan situasi and keadaan meja study Zack bukan nak tunjukkan yang Zack nie kaki study erk. Orang2 yang berfikiran macam tu memang Zack sumpah exam nanti otak dier jam. Nak3...hehehehehhee... Jahat tol nak sumpah2 orang. Oklah, tengok la gambar tu. Ha...nak tahu sape yang temankan Zack sepanjang Zack study seminggu lepas? Tengok gambar tu dulu.


Yang nie pic bertarikh 10 November sehari sebelum first paper exam.

spot question banyak membantu...


buku nie la yang Zack guna tuk ulangkaji...tak habis baca pun,
baca spot jugak sudahnya...


nie pulak time study subjek Kajian Kurikulum...tak de buku,
selak2 powerpoint note lecturer je...
sudahnyer.....spot question gak yang dibaca...hi3


haaaa....tu dia, yang setia menemani Zack...
tak jemu2 mengalunkan muzik2 kegemaran Zack...
kejap lagu Siti, bertukar ke Hujan, beralih ke Rabbani...
nak berkenalan dengan dier? boleh...tak de masalah...
nama dier ZARIO...ha3

Itulah alkisahnya. Malas nak tulis panjang2. Penat dah tulis esei masa exam tadi. Lenguh pun tak hilang lagi. Kadang2 terfikir jugak, sibuk2 tension2 nie kadang2 best jugak. Bak kata orang kampung Zack, "the art of student"...Tak ternilai pengalaman hidup sebagai seorang student IPT nie. Oklah guys...see you in the next entry. Gud nite.


Happy Together

Salam alik. Waaa...dah 5 hari Zack tak update blog kesayangan Zack nie. Rindu sangat2 kat blog nie. Zack sekarang dalam suasana exam. So, faham2 la kan keadaan nyer. Keserabutan...kekusutan...kesibukan...ke-tension-an...dan macam2 ke- lagi lah. Tapi alhamdulillah, Zack dah berjaya menempuhinya. Bersyukur sangat2 walaupun masih tinggal 2 paper lagi. Setakat nie, Zack berkeyakinan Zack dapat skor 2 paper awal pada hari Selasa lepas dan hari nie. Next week, in Tuesday and Thursday I'll sit another two paper. After that, holiday...hurayyyyy...miss my lil bro...also my parents.

Tak tahu nak tulis ape lagi. Baru dapat bernafas sikit dari sebelum nie. Sebelum nie sibuk sangat2 dengan study note lecturer bagi for my final semester exam. Orang cakap Zack sudy hard bukan study smart. Tapi, pada Zack study smart hanya sesuai untuk orang yang sepanjang semester mengikut jadual. Zack tak wat macam tu. studySo, Zack kene study hard la to become smart. Betol tak? Sape setuju angkat tangan! Betul la tu...study hard to become smart. huhu... Nanti Zack upload gambar masa Zack study. Nasib baik la masa study tu ade teman setia yang sentiasa menemani Zack. Nak tahu sape? Tungguuuu...


Just Around The Corner

Dalam kedinginan hening malam yang seharian dihujani mutiara alam, ditemani dengan segelas Nescafe dan dendangan lagu instrumental, Zack masih betah menelaah. Membaca, memahami dan mengingat teori2 Abraham Maslow, John Piaget, Gagne, Ivan Pavlov, J.B Watson, E.L Thorndike, B.F Skinner, Albert Bandura, dan beberapa lagi tokoh. Gigih? Mungkin. Selasa dan Khamis depan merupakan dua first paper final semester untuk Zack.

Actually, Zack gementar. Entah kenapa Zack sendiri tak tahu. It’s different from last semester. Kawan2 Zack yang lain masih belum menyentuh buku tapi Zack sudah. Ramai jugak yang perli Especially, yang bilik nyer berhampiran dengan Zack dan tahu Zack tengah study. Tapi, diorang tak tahu apa yang Zack rasakan. I don’t want my pointer drop down from last semester. Zack nie bukan la dalam golongan yang bijak pandai.

Zack perlu buat sesuatu untuk diri Zack. My target for this semester, what I want my pointer must become more than last semester. More than 3.5 and hopefully never above 3.6. That’s my target. And I believe if I’m done more effort I’ll get what I want. I must believe myself now that I’m can do it. Tak nak lagi bergantung sepenuhnya pada soalan2 spot.

Kali nie Zack harap Zack dapat buat yang terbaik untuk diri Zack. I don’t care what ever people around me talking about. What I know, this entire thing I do for myself. For my parents. Di samping Zack berusaha sehabis baik nie, Zack tak lupa untuk memohon kepada yang Maha Berkuasa supaya membantu Zack untuk melakukan yang terbaik. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita hanya berusaha, yang menentukan hanya Dia.

Zack hanya insan yang lemah, tanpa bantuan dan bimbingan dari-Nya sudah pasti Zack takkan mampu untuk melakukan apa saja. Kepada kawan2, Zack nak mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan Zack sepanjang semester nie. Doakan kita sama2 berjaya mengharungi peperiksaan pada minggu hadapan.

Salam jihad.


Can't Update

AMARAN/WARNING
ENTRY INI MENGANDUNGI KATA KEJI DAN CACI NISTA YANG KETERLALUAN. MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN DAN KE BAWAH SERTA YANG MEMPUNYAI DARAH TINGGI SERTA KENCING MANIS TIDAK DIGALAKKAN MENERUSKAN PEMBACAAN. ADMIN MEMOHON MAAF DI ATAS KEGANASAN DALAM ENTRY KALI INI. HARAP MAKLUM.

Salam alaik. Zack nak mohon maaf kepada semua yang menantikan entry terbaru dalam blog Zack nie. Disebabkan Zack tak melanggan broadband or any lines of internet connection, Zack terpaksa bergantung hidup pada wireless kampus nie yang macam cibai nie. Hanjing tol. Entah apa masalah nyer Zack pun tak tahu. Ape orang2 kat ICT tu tak perasan ke yang wireless kampus nie de masalah? Kalau barang beli juta2, tapi penyampaian macam sial...baik cabut baling dalam tasik je la beb. Buat sakit jiwa pelanggan je. By the way, Zack tak dapat la nak update blog nie buat seketika waktu. Blog nie akan ter-update pada masa akan datang setelah kestabilan wireless dan emosi Zack pada tahap yang memuaskan. Adiossa.

sstdfsi@#)(*(*(&*^&$())&%^$)$%$$!!^&*&usagssa


Malam Pesta Retro

Salam alaik to all of you. Thanks you'll still follow my blog and my entry. Ok, malam semalam my department mengadakan Jamuan Makan Malam Tahunan. Sebenarnya, annual kitorang adalah setiap bulan Syawal. Orang cakap open house la masa tu. So, kali nie jamuan hari raya tak dapat dilaksanakan atas sebab2 tertentu. Ditunda sehinggalah semalam.

Tema pada malam tu adalah "Retro 60-an". Zack pun tak tahu la sebab pe tema tu dipilih. Sedangkan masa Bina Insan Guru hari tu pun tema yang sama jugak. Minat sungguh dengan tema 60-an nie. Susah la nak cari pakaian tema macam nie. Tak pandai nak gayakan macam mana. Seksa pikir macamana la nak macing kan pakaian dengan era 60-an. Lain kali pilih tema lain noooo... Walau macamana pun, majlis tu tetap berjalan dengan meriah walaupun hanya beberapa orang pensyarah je yang hadir.

Selepas je menjamu selera, beberapa aktiviti dijalankan antaranya cabutan bertuah, karaoke, dan pakaian yang mengikut tema a.k.a tercantik la. Majlis tu habis lebih kurang kul 11.00 malam. Selepas je selesai, dalam sibuk2 kemas2, satu majlis sambutan hari ulangtahun kelahiran 2 orang rakan batch Zack dilangsungkan. Selamat Ulangtahun Kelahiran Kepada Faiq dan Arina. Penat Zack lari dari Faiq lepas Zack celekkan dier dengan aising kek. (hahahahahhaha...)

Nanti gambar Zack akan upload di lain entry. Sebab wireless kampus nie mcam c***i. Lembab mengalahkan siput khinzir.


As-Syura

Hadoiii...wireless kat kampus nie baru je pulih. Entah ape sebab musebab nyer 2 hari down. Dah nak giler dibuat nyer tak dapat nak update blog kesayangan Zack nie. Oklah, tak nak sembang2 kosong panjang2. Entry kali nie Zack nak ceritakan sedikit pengalaman Zack yang pertama kali menonton teater sepanjang 20 tahun bergelar manusia di bumi Malaysia nie pada 27 Oktober yang lalui. Itulah pengalaman yang tak ternilai dalam hidup Zack.

Keghairahan dan keinginan Zack nak menonton pementasan teater nie baru je memutik bebarapa minggu yang lepas selepas Zack menonton filem GADOH yang di-download dari internet. (bukan cetak rompak erk…) Dalam filem tu menceritakan sekumpulan pelajar sekolah menengah nie yang suka bergaduh dengan bangsa lain. Senang cakap, ada perasaan perkauman yang tebal dalam diri diorang tu.

Diorang nie benci sangat dengan kaum lain disebabkan pengaruh persekitaran diorang sendiri seperti keluarga. Jadi, untuk selesaikan masalah nie cikgu sekolah diorang menubuhkan sebuah kelab teater yang mewajibkan diorang nie yang suka bergaduh sesama kaum menyertainya. Alhamdulillah, matlamat dan objektif penubuhan kelab teater nie berjaya dicapai dan perasaan perkauman dalam diri diorang nie berjaya dikikis sehingga mereka bersatu dan bekerjasama menjayakan satu pementasan teater yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran.

Dan dari filem itulah Zack mula jatuh hati dengan teater. Zack tak berminat nak mementaskan teater (sebab Zack tersangat la “kayu” kalau berlakon), tetapi Zack berminat nak menonton pementasan teater. Rasa macam satu aura bila menonton teater nie. Mendalami dan penghayatannya lebih cepat berbanding dengan kita menonton filem atau wayang mahupun di televisyen. (aikkk…macam dah lari tajuk dah nie) Kiter balik kepada cerita sebenar yang Zack nak citer kan.

Melalui kerjasama Kelab Teater IPGM Kampus Perlis dengan Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), satu pementasan teater telah berjaya dipentaskan dengan jayanya pada malam 27 Oktober lalu bertempat di Dewan Indera Kayangan IPGM Kampus Perlis. Teater tersebut bertajuk ‘As-Syura’ yang mengisahkan pergolakan dan perkelahian antara adik-beradik mengenai harta pusaka warisan keluarga. Perebutan ini mencetuskan pergaduhan, pertalian kekeluargaan yang semakin dingin dan kegagalan minda berfikir secara waras.

Pementasan selama hampir 2 jam itu benar2 berbaloi untuk Zack yang baru berjinak2 nak mengetahui pasal teater nie. Dengan bayaran tiket RM3, pada Zack ianya cukup berbaloi dengan pementasan yang dipersembahkan. Terdetik kat hati kalau2 lah Zack berpeluang menonton pementasan teater kat Istana Budaya, memang Zack takkan tolak nyer. (Ade sape2 nak sponsor Zack pegi tengok pementasan teater kat Istana Budaya? Hehehehehe…)

Alhamdulillah, bersyukur sangat hajat nak tengok pementasan teater kesampaian. Harap2 ade lagi pementasan macam nie dapat diadakan oleh Kelab Teater kampus nie. Terlupa plak nak bagi tahu, korang kenal tak Hairi peserta Anak Wayang yang disiarkan Astro? Zack pun tak ikut Anak Wayang nie. Masa Anak Wayang tengah hangat disiarkan, rumah Zack tak pasang Astro lagi. So, tak tahu sape2 pun dalam Anak Wayang tu. Tapi, ade terbaca dan terlihat dalam akhbar2 pasal diorang nie.

Satu slot diberikan kepada Hairi sebelum As-Syura dipentaskan. Hairi bermonolog yang menceritakan dua orang pemimpin kampung yang nak menegakkan ideologi masing2. (ataupun orang cakap bodek la…) Zack tak berapa minat sangat dengan monolog2 nie. Tapi, kalau orang lain mungkin minat la kot. Begitulah al-kisahnya. Sebelum pementasan, Zack excited sangat. Asyik tengok jam je takut terlambat pegi dewan. Yela kan, pertama kali dapat peluang macam nie. Tentula tak keruan jadinya. Kan3…

Sepi Angin


Salam alaik. Ape khabar korang semua? Zack mintak maaf la sebab dah lama tak update blog nie. Selalu online, tapi visit blog orang lain. Zack ketandusan idea dua tiga hari nie. Kepala serabut dan runsing. Hati nie teringatkan something. Mengapa harus dikenang dan diingat pada sesuatu yang melupai kita? Betul tak? Biarkan dier dengan hidup dier. Kiter juga harus meneruskan hidup kiter. Dah hampir dua minggu Zack tak keruan mengenangkan benda2 yang remeh temeh nie.

Pagi tadi, Zack hadir ke Taklimat Peperiksaan Akhir Semester dan Slip Peperiksaan pun dah dapat. Menandakan yang final dah hampir sangat2. Study? Ha3...buku pun tak sentuh. Dalam memori ingatan, entah berapa peratus je yang ingat. Bukan tak nak study tapi mungkin dah keterbiasaan study last2 minutes. Bak kata sorang kawan Zack, study awal2 bukannya masuk. Last minutes jugak yang berguna.

Tapi, itu bukan namanya belajar kan? Itu namanya menghafal untuk ingatan jangka pendek. Pasti lepas final, kalau tanya balik ape yang kiter belajar semester nie dah tak ingat. Sebab ape, sebab kiter menghafal untuk jangka masa pendek iaitu just for past final exam. Sistem pendidikan Malaysia nie kan berorientasikan peperiksaan.

Ok, Zack cerita sikit pasal final Zack yang akan bermula pada 10 November 2009 sampai la 18 November 2009. Berikut merupakan paper Zack semester nie.

Selasa-10 November 2009
8.30 pagi-11.00 pagi
(2 jam 30 minit)
EDU3103 Murid dan Alam Belajar
*Wajib*

Khamis-12 November 2009
2.30 petang-5.00 petang
(2 jam 30 minit)
RBT 3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
*Major*

Selasa-17 November 2009
8.30 pagi-11.00 pagi
(2 jam 30 minit)
RBT 3104 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan
*Major*

Rabu-18 November 2009
8.30 pagi-11.00 pagi
(2 jam 30 minit)
PJM3102 Pergerakan Asas
*Elektif*

Ha...itulah butiran terperinci final Zack. Ape komen korang? 2 and half hour each paper. Lame tu...Tapi, tengok soalan la jugak kan. Macam semester lepas, Zack keluar dewan exam awal. Sebab habis jawab awal. So, nak tunggu ape lagi kan dalam dewan tu. Disebabkan keluar dewan awal lah pointer Zack boleh dikatakan memuaskan la. Tapi, Zack memang tak puas hati dengan pointer Zack semester lepas. Hopefully semester nie Zack dapat score lebih. Harap sangat2.

Bukan Zack nak kejar Anugerah Dekan or Anugerah Pelajar Cemerlang, but cukup lah sekadar Zack berada dalam kelompok pelajar yang pointer nyer around 3.6 or 3.7. Jadi ape Zack kene buat erk tuk capai target Zack tu? Study and effort more and more. Jangan dilupa juga berdoa dan tawakal. Hermmm...oklah, nanti Zack update lagi blog nie erk.


Sekilas Pandang

Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Sekian.

Bahagian Pendidikan Guru.

Andai

Andai otak dapat menzahirkan pemikiran,

Pasti hari ni dia akan paparkan,

Kemesraan kita berdua.


Andai mata ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa keayuan mu tak dapat ku lihat?


Andai telinga ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa suara manja mu tak dapat ku dengar?


Andai hidung ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa wangian mu tak dapat ku hidu?


Andai mulut ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa kamu tak menerima ciuman ku?


Andai lidah ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa aku tidak mengucapkan kata rindu pada mu?


Andai tangan ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa kelembutan tangan mu tak dapat ku sentuh?


Andai siku ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa aku tak dipaut mesra oleh mu?


Andai kaki ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan bertanya,

Kenapa aku tidak melangkah seghairah semalam?


Andai kasih ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan merintih,

Kenapa aku tidak dapat sayang dari mu?


Andai hati ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia menguar-uarkan,

Bahawa aku telah kamu tawan.


Andai cinta ku dapat berkata-kata,

Pasti hari ni dia akan melaungkan,

Aku cinta padamu.


.::Let's Together::.

.::Hidup Aku Dunia Aku Sudah Berusia::.

Get your own free Blogoversary button!

.::Demi Masa::.

.::Statistik Pelawat::.

free counters

.::Here I Am::.

My Photo
ZaCk AzRiN
Taiping-Kangar, Perak-Perlis, Malaysia
Simple person with my own life. Quite shy. Look matured but still young. Nothing special about me. Wanna know me just asking me.
View my complete profile

.::Sultan Berdaulat Negeri Beradat::.

.::Sultan Berdaulat Negeri Beradat::.
Dirgahayu Tuanku

.::Bersatu Teguh Perpaduan Utuh::.

.::Bersatu Teguh Perpaduan Utuh::.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

.::Proud Be Malaysian::.

.::Proud Be Malaysian::.

.::IPGM Blogger::.

.::IPGM Blogger::.

.::Blogger Pembela Negara::.

.::Blogger Pembela Negara::.
1Suara, 1Arah, 1Akidah

.::IPGM Kampus Perlis::.

.::IPGM Kampus Perlis::.
Pendidikan Teras Kemajuan

.::Ex-Menterian::.

.::Ex-Menterian::.

.::Ex-SKCJ::.

.::Ex-SKCJ::.

.::Saya Anti-Rokok::.

.::Saya Anti-Rokok::.
Katakan Tidak Pada Rokok

.::Saya Anti-Politik Wang::.

.::Saya Anti-Politik Wang::.

.::Saya Anti-Rempit::.

.::Saya Anti-Rempit::.

.::Saya Anti-Jenayah::.

.::Saya Anti-Jenayah::.

.::Penyokong Pro-Mahasiswa::.

.::Penyokong Pro-Mahasiswa::.

.::The Peacefull Sunset::.

.::The Peacefull Sunset::.

.::Just Myself::.

.::Just Myself::.

.::Life Must Go On::.

.::Life Must Go On::.

.::My Lovely Boy::.

.::My Lovely Boy::.
Adik Zack Yang Bongsu...Chomel Macam Abang Dier...:p