Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Lucu

Ayah Yang Durjana

Imej
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!" Si anak pun telepon le mat yang bertanggungjawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilnya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamilkan anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggungjawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 jut...

Anak Lembu

Imej
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia. Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu). Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia: Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej. Bapak: Itu teknologi dah lapuk la. Kat Malaysia lagi advance. Bapak masa 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor, menyusahkan plak tu. __________________________________________________________________ hahahahahahhahaha...ketawa terbahak2 Zack bile baca kesah nie...korang fah...

Lesen P

Imej
Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ... Polis : "P" mana pakcik? Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah). Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik? Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging). Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana? Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah). Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje Pak Cik : kan mudah camtu ... Sumber: http://gelihati.blogspot.com/

Baru Drebar Teksi

Imej
Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang. Fasha : "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik" Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri ...

SANGAP

Satu senja tu, sebelum solat Zuhur, ataupun solat Maghrib lebih tepatnya, aku berbual dengan seorang rakan aku ni. Aku : Weh, malam ni nak keluar tak? Dia : Keluar? Kau tanggung ke? Aku : Kepala hotak kau. Aku xde sugar mummy la. Dia : erm... Aku : erm je? Dia : Aku tak tau lagi. Aku : Jom la. Aku SANGAP ni. Dia : Dah SANGAP tu tido je la. Watpe keluar. Aku : Aku bukan SANGAP benda tu la. Dosa weh. Aku SANGAP gila nak keluar. Dah lama kot tak lepak-lepak. Dia : SANGAP mana ada dosa. Takkan kau nak tahan kot. Dah nak SANGAP tu, SANGAP je la. Aku : Weh, kau nak suro aku buat maksiat ke weh? Dosa besar tu. Aku takla seSANGAP sampai tahap macam tu! Camtu dah la! Tak payah la keluar. Dia : Aik? Marah lak dia? Aku pun malas. Huarghh. Aku pun dah SANGAP ni, baik aku tido awal malam ni. Salah aku ke yang mcm over react? ataupun salah situasi yang menyebabkan aku tak keluar malam tu? Kesimpulannya SANGAP tu ada maksud berbeza ok! Erti SANGAP versi 1 Sangap bermaksud menguap. Orang2 selatan esp...

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke umah. Malam tu, berbirat punggung aku diro...

Anak-Anak 1 Malaysia

Imej
Di sebuah kota raya terdapat sebuah tabika. Oleh kerana tabika tersebut berada di tengah-tengah bandaraya, tabika tersebut sering mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan. Tabika tersebut juga banyak menerima sumbangan daripada orang-orang kenamaan. Dan sudah pastilah mereka yang mengantar anak-anak ke tabika tersebut tergolong dalam golongan elit. Satu hari guru memberikan tugasan kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki mencari mencari sebuah cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama di dalam kelas esok. Pada keesokkan harinya, guru memanggil Daniel untuk menceritakan kisah menariknya kepada kelas. Daniel : Hari ini saya akan menceritakan mengenai sebuah lingkaran yang dipanggil " DATANG BULAN ". Gurunya berasa pelik mengapa Daniel memilih tajuk tersebut. Apa yang menariknya cerita itu. Guru : Kenapa kamu memilih tajuk tersebut? Apa alasan kamu menceritakan cerita tersebut di dalam kelas? Daniel : Entahlah cikgu. Saya sendiri pun bingung apa yang me...

Khasiat Telur Separuh Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya. Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya. "Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman. "Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim. "Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman." Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri. "Kenapa anda pula yang keberatan?" "Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim." "??@#$!!&##!!"

Hari Jadi Ke-17

Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah? Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan. Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali? Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya. Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak? Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya. Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak? Mama : Tak boleh! Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh... Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick. Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please..... Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki...

Kisah 3 Beradik Yang Kahwin Serentak

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah. Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar...