Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Aishiteru

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Hari demi hari aku lalui dengan tabah. Setiap langkah aku penuh dengan kepasrahan. Walaupun kehidupan aku sekarang  penuh dengan tawa tapi aku masih terasa kehilangan. Arghhh...apa lagi harus aku buat? Sibuk dengan assignment , aku suka dengan harapan aku dapat melupakannya. Namun sia-sia. Masih berputar-putar difikiran aku. Huh...aku fed-up nak melupakan semua tu. Makin nak lupa, makin ingat pulak. Malam nie, blok asrama sunyi. Sesunyi hati aku. Oh...esok cuti Nuzul Quran. Kalau dicampur dengan hari Sabtu dan Ahad, 3 hari cuti. Bebudak asrama amik kesempatan balik kampung bertemu orang tersayang. Roomate aku pun dah lama cau dari bilik nie. Balik kampung. Sebulan lak baru nak jumpe. Ermm...aku baru habis kemas bilik. Esok pagi-pagi aku dah nak berangkat balik kampung. Next week , akan menjalani BSE kat kampung. Then , sambung 2 minggu cuti mid-sem and cuti

Benar Aku Terasa Kehilangan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.  Kerja masih bertimbun2 atas meja aku. Mood adalah rushing . Nak siapkan sebanyak mungkin kerja sebelum balik kampung esok petang. Mampu? Entahlah. Sabar menyiapkan tugasan itu. Lepas berbuka tadi, aku menziarahi blog2 yang ter- update yang aku follow . Semuanya membuatkan aku tersenyum sendiri. Kelakar dan menarik. Dan, aku nak petik satu kisah yang terdapat dalam blog ini cerita si cepit . Cerita mengenai cinta. (mood cintan beberapa hari nie...hehehe...) Aku malas nak translate cerita nie dalam bahasa Melayu. Korang translate la sendiri erk. Once upon a time there was an island where all the feelings lived; Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others......, including Love. One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the on

Dari Sana Ke Sini

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.  Mungkin aku perlu beralih angin. Itu bisik hati aku. Sedaya upaya menyedapkan hati yang sebenarnya sedang dilanda banjir. Disebabkan semalam berlaku ribut taufan yang amat dahsyat. (hiperbola nyer...hahahaha) Dari sana aku ke sini. Berpindah buat sementara. Bak kata pemberita penempatan sementara mangsa banjir. (kah3...) Biarlah apa orang nak cakap, janji aku dapat teruskan hidup dan tak lemas dalam banjir tu. Apa yang berlaku aku terima dengan pasrah. Sekarang, aku dah boleh menerima dengan pelahan-lahan. Namun, perlukan masa untuk menerima sepenuhnya. Ribut tu secara tiba2 melanda. Sapa tak terkejut dan trauma. (kan3...hahahahaha...) Walau apa pun yang terjadi dan aku alami merupakan pengalaman dalam hidup supaya kehidupan akan datang lebih bererti. Aku masih mampu tersenyum. (kira ok la tu...hehehe...) Kenyataan tetap akan jadi kenyataan. Dan kita harus

Butir Mutiara

Imej
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.    Aku baru je habis kelas elektrik dan elektronik. Belajar get logik. Last stdy pasal get logik nie masa form 4. Dalam subjek fizik. Enjoy dengan member2 yang bijak2 pasal get. Hari nie kelas mula dari pukul 8 sampai kul 5 petang. Penat??? Hari nie aku tak rasa penat. Malah aku suka dengan kesibukan yang aku hadapi sekarang. Sebab??? Sebab aku lupa untuk memikirkan kesedihan yang aku hadapi. Ya...bukan mudah nak aku lupakan. Tapi aku mencuba sedaya upaya untuk melupakannya. Takkah aku sayang untuk melupakannya? Orang bodoh saja yang suka melupakan orang yang dia sayang. Habis, kenapa aku nak lupakannya? Sebab, separuh hati aku ada pada dia. Bagaimana aku nak hidup kalau separuh hati aku masih berada pada dia! Aku harus mencari apa yang telah hilang. Mendapatkan kembali hati aku yang telah aku berikan dulu. Tidak mudah. Itu saja yang dapat aku katakan. Bodoh

Tiada Lagi

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.  Sudah lama aku tak meng- update blog nie. Sibuk? Huh...sibuk dengan keje2 yang tak berfaedah. Assignment  sentuh sikit2 je. Bila tahun nak siap. Kurang 3 hari lagi aku dah nak berangkat balik ke kampung. Minggu depan aku dah nak ke sekolah. School Based Experience. Empat hari je untuk sem nie aku di sekolah. Selebihnya duk umah buat persiapan raya. (hahahahaha...) Puasa aku alhamdulillah, setakat nie berjalan dengan lancar. Cuma kadang2, ade yang terlupa nak buat dan terlambat mengerjakannya. Sahur aku baru tinggal 2 hari. Selebihnya, alhamdulillah berjaya walaupun dengan hanya seteguk sky juice . Guys...di bulan Ramadhan nie banyak fadhilat dan keberkatannya. Besar juga cubaan dan ujian dari-Nya. Setimpal dengan ganjaran yang kita akan perolehi. Guys...semua manusia akan melalui proses perubahan usia. dari bayi kepada kanak2, kepada remaja, kepada dewasa, d

Ramadhan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan  yang mulia lagi penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, sehingga kini aku masih berkuasa untuk berpuasa dan melaksanakan tanggungjawab aku. Cabaran dan dugaan tu perkara biasa la. Harus kita tempuhi setiap hari. Cabaran yang paling besar adalah cabaran dalam menghadapi segala tohmahan dan kata-kata manusia terhadap diri. Kita kenal siapa diri kita. Tetapi menjadi masalah apabila orang lain mengenali diri kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Benar...kadang2 kita tidak mengenali diri. Tapi, tidak bermakna orang lain mengenali sebenar-benarnya mengenai diri kita. Ah...malas aku nak fikir. Semakin kita fikir, semakin bertambah kekusutan di kepala. Bukan nak memajukan diri kita, tetapi memudaratkan diri lagi ada. Justeru, persetankan semua yang berlaku. Biarkan luncai dengan labu-labu

Takde Tajuk

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Semalam aku tak de mood. Ade sikit masalah jiwa. (belum sakit jiwa lagi...) Ape pun, semuanya dah settle . Kembali kepada sedia kala. Hanya berharap dan bergantung kepada masa untuk menentukan kesudahannya. Pagi nie plak, assembly kejap je. Hujan turun. Bertempiaranlah anak2 Adam dan Hawa mencari pelindungan dari kebasahan. Kelas seterusnya pukul 9 pagi. Jam kat pergelangan tangan aku baru kul 8 pagi. Ajak member lepak kedai makn roti canai. Layan habis. Keje ketawa je lepas makan. Ade ke yang dikutuk, dikata, terkutuk, dan terkata. Habis 3 batang colok jenama ape entah. (bukan aku...member aku...) Masuk balik kampus 20 minit sebelum kelas. Jam dah pukul 9 pagi. Anak2 Adam dan Hawa kelas aku masih berkeliaran. Mencari hala tuju. POOOOOMMMMM...kelas batal! HOOOOYEEEEYYYY...sekor2 muka berseri2. Almaklum la...hari nie tak ada langsung kelas. Malam nanti plak kel

Lelaki Kerana Cinta

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Lama rasanya aku tak update blog nie. Maklum la, capaian internet sangat la susah walaupun projek bernilai juta2 ringgit Malaysia. Malas nak berbicara mengenai capaian internet. Seperti biasa, bila buka dashboard blogger nie, akan terpampang la blog2 yang uptodate . Scroll down pnyer scroll down , tup... title entry dier cinta seorang lelaki posted by ezerycruzz . Macam menarik je. Nie aku petik dari blog dier. Jom sama2 kita baca dan hayati. Lepas aku baca, sejibik macam perangai aku. Nama pun cinta seorang lelaki kan. hahahaha... "Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yangg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yangg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasi

Aku Juga Mungkin

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Pengambilan  penuntut2 baharu untuk sesi pengajian kali ini berbeza sekali. Kalau zaman aku dulu (era 2007...hehehehe) hanya ada pengambilan kedua sahaja. Tapi, tahun nie 2010 buat setakat minggu ini sudah mencecah ke third intake . Wow... desperate nyer KPM. Benak hati aku. Ini menunjukkan bahawa KPM amat memerlukan guru berijazah keluaran IPG. Bukan universiti tempatan. Namun, masih ramai yang tidak memahami dan perasan situasi ini. Malah, masih ramai yang menolak tawaran menuntut di IPG. Yeah, aku akui IPG tidak tersenarai antara universiti2 bertaraf antarabangsa. Sebab apa? Sebab IPG adalah pusat latihan dan bukannya pusat pengajian. Am I right? Oleh itu, banyaklah kemudahan2 yang disediakan tidak selengkap di universiti mahupun kolej2 di Malaysia. IPG sebenarnya ke arah itu. IPG masih baharu. Pentadbirannya juga masih baharu. memerlukan masa untuk berger

Biasiswa, Elaun, Pinjaman, Tajaan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Entry kali nie berkaitan dengan dunia pendidikan bakal guru. UPSIKini sekali lagi  mengeluarkan entry yang menarik minat aku. Korang yang berminat nak tahu boleh klik kat pautan UPSIKini . Kali nie isunya adalah berkaitan dengan biasiswa KPM. Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi UPSIKini, satu konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPTA akan diadakan pada 6-8 Ogos ini bertempat di Institut Latihan KWSP (ESSET), Kajang. Menurut kenyataan tersebut, MPP Mahasiswa Pendidik akan menyatakan beberapa pendirian mereka terhadap beberapa usul termasuk usul penting iaitu mengembalikan semula biasiswa KPM kepada semua mahasiswa yang mengambil bidang pendidikan di IPTA. Biasiswa KPM telah dibekukan pada tahun 2009 tanpa sebarang kenyataan hitam putih dan sehingga kini masih belum diketahui status permohonan biasiswa tersebut, ulas Koordinator MPP Mahasiswa Pend

Monolog II

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Kenapa aku rasa sesuatu yang kurang enak berlegar2 di sekeliling tubuh dan benak hati apa ada sejarah hitam yang masih membelenggu hidup aku sehingga kini?!! orang kata... orang kata... orang kata... sampai bila?!! orang fikir itu... orang fikir ini... orang fikir... sampai bila?!! ah! itu orang bukan aku aku adalah aku korang tak tahu apa2 diam! biar aku berteriak hidup aku biar aku yang atur bukan kau... atau kau... arghhhhh..... aku stress... namun masih ada yang buat aku tersenyum girang... terima kasih... sekian... -KATA AKU- "Bukan kata kau"

La Tahzan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna...selangkah demi selangkah...setahun sudah pun berlalu... Jangan bersedih...la tahzan...alhamdulillah...tanpa kita sedari minggu hadapan, 11 Ogos sudah hadirnya bulan yang kita nantikan (sangat2 aku nantikan...) iaitu Ramadhan al-Mubarak. Allahu Akbar...aku betul2 tak sedar yang Ramadhan akan menjenggah minggu depan. Teringat aku suasana Ramadhan tahun lalu. Ya Allah...indahnya...nikmatnya...syukurnya...aku pada setiap malam. Berbuka dengan juadah yang sekadar sahaja namun nikmatnya hanya Allah swt yang tahu. Aku bersyukur...aku masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan. Seperti bait lirik lagu Harapan Ramadhan, harapan aku semoga Ramadhan kali ini benar2 bererti buat aku dan menjadi Ramadhan yang paling indah buat aku. InsyaAllah. Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau masih me

Secawan Milo Susu Fenleaf

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Waaa…milo fenleaf tu…(hek3…=p) Resepi aku sendiri dan ternyata sedap dan berkhasiat untuk tubuh badan. Jom reramai cuba resepi aku cipta nie. Tengah aku sedap2 layan segelas milo fenleaf sambil2 blogwalking , tergerak hati nak update blog nie. Macam nak bercerita sesuatu. Tapi belum decide nak cerita ape. Ermmm…nak cerita ape erk? (merenung ke luar gendela sekejap =\) . Wokeh, dah dapat idea. Korang tengok tak siaran langsung majlis perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang semalam kat tv? Ha…itulah hasilnya selepas kitorang berhempas pulas berlatih 3-4 hari lepas. Pagi, petang, malam…berpanas, berpeluh, berkilat… (apa yang berkilat? Hek3…lu pikir la sendirik…) Semalam, aku habis2an memberi yang terbaik untuk majlis tu. Walaupun pada aku majlis tu tak lah se- grad majlis yang pernah aku ikuti sebelum nie. Masih banyak kekurangan dan kelemahan yang jelas. Mungk