Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Kesihatan

Cara Yang Betul Pakai Penutup Hidung Dan Mulut

Imej
Penulis nak berkongsi sikit pengetahuan dan maklumat kepada semua pembaca blog penulis. Adakah kita sedar bahawa penutup muka atau lebih tepat dipanggil penutup hidung dan mulut mempunyai banyak jenis. Perkara itu akan penulis kupaskan pada masa akan datang. Secara umumnya, cara pemakaian penutup hidung dan mulut nie adalah sama. Berikut adalah cara yang betul untuk memakai penutup hidung dan mulut. Sebelum memakai penutup hidung dan mulut, pastikan anda telah m embasuh tangan dengan sabun (anti-bakteria) terlebih dahulu. Kenal pasti bahagian luar dan dalam (lapisan berwarna adalah bahagian luar). Jangan menyentuh bahagian dalam untuk memastiakn ianya tidak tercemar. Bahag ian yang mempunyai kepingan logam halus berada di bahagian atas (atas batang hidung). Tekan kepingan logam supaya ia bengkok dan sesuai dengan bentuk batang hidung anda. Kepingan ini bertujuan untuk mengemaskan dan menutup sepenuhnya bahagian hidung dan mulut anda. Pastikan penutup hidung dan mulut yang anda pakai k...

Kenali Influenza A (H1N1)

Imej
Influenza, Selsema, Flu merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam , sakit tekak , sakit otot , sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk , kelesuan dan rasa tidak sedap badan . Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia , yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, i nfluen za adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza. Golongan yang berisiko menerima influenza ialah: Pesakit diabetis mellitus. Mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah. Pesakit kardiovaskular. Pesakit buah pinggang. Pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV. Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ. Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Dulu Influenza, Kini Pandemik

Imej
Influenza A subtype H1N1 mula menular pada pertengahan April 2009. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran tahap 3 pada mulanya penularan penyakit ini seterusnya kepada tahap 5 dan pada 11 Jun lalu WHO telah mengumumkan tahap penyakit tersebut kepada tahap tertinggi iaitu tahap 6. ini adalah pertama kali dalam sejarah penyakit dunia sejak tahun 1968. Pandemik ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas (merentasi benua). Dalam sejarah, penyakit yang dikategorikan sebagai pandemik ialah cacar, HIV, batuk kering, dan Influenza A H1N1. Menurut WHO, sesuatu penyakit boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila 3 syarat ini dipenuhi iaitu: Kemunculan penyakit baru dalam populasi. Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius. Ia merebak dengan mudah dalam kalangan manusia. Pandemik bukan sahaja suatu penyakit yang menular dan membunuh ramai manusia tetapi ia mestilah sesuatu yang berjangkit. Dalam sejarah perubatan, ...

Influenza A (H1N1)

Imej
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI INFLUENZA A (H1 N1) OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Berkenaan Penyakit 1. A pakah itu penyakit Influenza A (HI NI)? Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia. 2. Negara mana yang dilanda penyakit ini? Makiumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int. 3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini? Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit. 4. Bagaimana kita boleh dijangkiti? Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair ...