Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keagamaan

::DOA::

Imej
Salam muhibbah kawan2. Zack tak nak tulis banyak2 dan panjang2. Zack ada jamuan raya jabatan hari nie. Baju tak gosok lagi. Mandi pun belum. Dipendekkan cerita, Zack nak kongsi satu info, pedoman, panduan dan peringatan kepada kita semua sebagai umat manusia, hamba Allah swt. ***************** PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.  Rasulullah s.a....

Aku Takut Akan Janji-Nya

Imej
Malam nie Zack sendirian kerana roomate ke Kuala Lumpur menjalani latihan untuk kejohanan sukan antara IPG yg entah bila akan berlangsung. Tak tahu ape yg nak dilakukan. Hanya termenung di hadapan laptop kesayangan. Entah bagaimana secara tiba2, hati Zack berasa takut. Terlintas di fikiran mengenai neraka. Pelik kan?! Zack termikirkan tentang azab yg dijanjikan Allah swt kepada hamba-Nya yg ingkar. Zack menjadi kecut perut. Membayangkan azab2 yg diceritakan di dalam al-Quran. Zack cuba membayangkan Zack berada di dalam neraka dan menerima azab neraka. Subhanallah...Zack tak mampu menahannya. Di dunia, kalau 1 jari terkena api kita dah menjerit sampai 1 kampung dengar. Melecur sikit pun sudah la, sakitnya pun kita dah tak dapat nak tahan. Inikan pula api neraka yang dijanjikan Allah swt yg sangat pedih dari api yg berada di muka bumi malah di dunia. Allahu Akbar...Zack tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Zack dalam neraka. Seluruh tubuh badan dimamah oleh api neraka. Ya Allah...adakah...