Satu senja tu, sebelum solat Zuhur, ataupun solat Maghrib lebih tepatnya, aku berbual dengan seorang rakan aku ni. Aku : Weh, malam ni nak keluar tak? Dia : Keluar? Kau tanggung ke? Aku : Kepala hotak kau. Aku xde sugar mummy la. Dia : erm... Aku : erm je? Dia : Aku tak tau lagi. Aku : Jom la. Aku SANGAP ni. Dia : Dah SANGAP tu tido je la. Watpe keluar. Aku : Aku bukan SANGAP benda tu la. Dosa weh. Aku SANGAP gila nak keluar. Dah lama kot tak lepak-lepak. Dia : SANGAP mana ada dosa. Takkan kau nak tahan kot. Dah nak SANGAP tu, SANGAP je la. Aku : Weh, kau nak suro aku buat maksiat ke weh? Dosa besar tu. Aku takla seSANGAP sampai tahap macam tu! Camtu dah la! Tak payah la keluar. Dia : Aik? Marah lak dia? Aku pun malas. Huarghh. Aku pun dah SANGAP ni, baik aku tido awal malam ni. Salah aku ke yang mcm over react? ataupun salah situasi yang menyebabkan aku tak keluar malam tu? Kesimpulannya SANGAP tu ada maksud berbeza ok! Erti SANGAP versi 1 Sangap bermaksud menguap. Orang2 selatan esp...
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Satu isu yang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu ingin aku imbau kembali buat semua bakal2 guru. Sama2 kita kongsikan maklumat ini untuk memantapkan diri sebagai seorang bakal guru. Kupasan ini bukan nak mencari salah siapa mahupun mempamerkan kekurangan mana-mana institusi. Prinsip yang perlu kita pegang teguh dalam membicarakan isu ini adalah kesediaan diri bergelar seorang pendidik. Pokoknya, seluas mana pemandangan kita; lihatlah diri sendiri. Maklumat nie disiarkan dalam UPSIKini bertarikh 20 Julai 2010. Isunya adalah ketidaklayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI untuk di- posting -kan ke sekolah. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah menyatakan sebab2 kenapa lepasan UPSI tidak berupaya untuk dihantar mengajar ke sekolah. Jabatan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI telah mengeluarkan memo bertarikh 25 Februari 2010 ...
Assalammualaikum... Kerinduan itu membawa aku kembali ke sini. Ya, aku rindu. Rindu pada blog sulung aku ni. Rindu pada zaman trending blogging. Rindu pada zaman universiti. Rindu pada rakan-rakan blogger. Rindu pada kenangan yang tercatat dalam blog ni. Terlalu banyak yang telah aku kenangankan dalam ni. Dan dalam sedar, dunia blogging kian malap. Masih ada ke yang rajin baca blog? Entahlah. Dunia sekarang sukar diramal. Mungkin perlu dipromosikan tapi siapa nak promosikan? 😊 diri sendiri...
Ulasan