Awak...Saya Rindu Awak...
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Awak... saya sangat merindui awak pada masa ini, alangkah awak tahu perasaan saya di saat ini, saya cukup gembira jika dapat meluahkan apabila kite bersama di sisi. Awak... selepas kejadian semalam tu saya berasa serba salah, saya taknak melukakan hati kecil awak tapi saya tak bermaksud nak melukakan hati kecil awak, saya berusaha memujuk agar awak tak memarahi saya pada waktu itu, tapi usaha itu hanya sia-sia. Awak... semalaman saya tak boleh tidur tentang hal semalam itu , saya menyesal dengan perbuatan saya , alangkah awak tahu betapa sayangnya saya pada diri awak?, alangkah awak tahu betapa sedihnya apabila awak mengatakan kata-kata yang menggores hati kecil saya? Air mata yang berlinangan di kelopak mata bercucuran di pipi saya, alangkah awak tahu betapa pedih nya jika kehilangan seseorang yang kita sayangi? Andai kata perpisahan berl...