Hilang
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Salam sejahtera Zack ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, Zack masih gigih menaip dan mencoretkan satu dua kata dalam blog kesanyangan Zack nie. Keinginan nak menulis dalam blog Zack nie masih membuak2. Cuma masa dan keterhadan penggunaan jalur lebar yang menjadi penghalangnya. Terlalu lama Zack mendiamkan diri dalam arena blogging. Namun, kehidupan terus bergerak seperti biasa. Ujian, dugaan dan segala macam lagi telah Zack lalui. Berkat kesabaran Zack masih tabah melaluinya.
Yang terbaru adalah Zack dikatakan telah mengaibkan seseorang. Zack berastaqfar panjang. Memuhasabah diri. mengingati kembali perkara yang dikerjakan Zack. Demi Allah, Zack bukan jenis manusia sebegitu. Puas Zack jelaskan, namun dia tidak mahu menerima penjelasan Zack. Suasan tidak puas hati menyelubungi hari-hari Zack. Dingin. Itu saja yang Zack boleh katakan. Selebihnya hanya hati saja yang tahu. Terpulang pada dia sekiranya dia tidak mempercayai Zack.
Zack terkilan, mungkin orang di sekeliling telah menganggap Zack sebagai mulut busuk. Menceritakan perkara2 buruk orang. Zack redha. Terpulang kepada individu untuk menilai. Siapa Zack nak menceritakan keburukan orang sedangkan diri sendiri pun terumbang-ambing. Namun, Zack bersyukur disebabkan musibah ini, Zack mengenali siapa sebenarnya orang itu. Imej dan kedudukan mengatasi segala-galanya daripada kebenaran.
Sanggup hipokrit@munafik disebabkan nak jaga kedudukan, imej sebagai anak somebody dari mengaku kesalahan diri dan kelemahan diri. Baru Zack betul2 kenal siapa sebenarnya orang itu. Zack tak nak bercerita panjang pasal hal ini. Zack redho dengan ketentuan Allah swt. Zack berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan penyelesaian dan kebenaran dalam Zack menghadapi ujian ini. Biarlah imej dan kreadibiliti Zack tercemar disebabkan hal tak benar ini dan mungkin salah faham.
Zack pasti, kebenaran pasti memihak kepada yang benar. Tunjukkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil. InsyaAllah, Zack hanya tinggal beberapa bulan lagi nak menamatkan semester nie. Runsing, keserabutan akan berakhir tak lama lagi. Ibadah adalah sebaik2 jalan ketenangan. Sehingga kita ketemu lagi di lain entry.
Ulasan