Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Satu isu yang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu ingin aku imbau kembali buat semua bakal2 guru. Sama2 kita kongsikan maklumat ini untuk memantapkan diri sebagai seorang bakal guru. Kupasan ini bukan nak mencari salah siapa mahupun mempamerkan kekurangan mana-mana institusi. Prinsip yang perlu kita pegang teguh dalam membicarakan isu ini adalah kesediaan diri bergelar seorang pendidik. Pokoknya, seluas mana pemandangan kita; lihatlah diri sendiri.

Maklumat nie disiarkan dalam UPSIKini bertarikh 20 Julai 2010. Isunya adalah ketidaklayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI untuk di-posting-kan ke sekolah. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah menyatakan sebab2 kenapa lepasan UPSI tidak berupaya untuk dihantar mengajar ke sekolah. Jabatan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI telah mengeluarkan memo bertarikh 25 Februari 2010 yang lalu berkaitan isu tersebut.





Menurut kenyataan UPSIKini lebih 600 orang lepasan UPSI tidak berjaya dalam temuduga posting kelolaan SPP. Melewati kenyataan tersebut menerusi laman blog UPSIKini terdapat komen2 yang diutara oleh beberapa individu2 yang mungkin penuntut UPSI sendiri. Berikut beberapa petikan komen yang diutarakan.

"So apa u all nak buat skrg.. kita ni nama je ada degree.. tapi content takde.. saper yg bertanggung jawab dalam memastikan smeua yg dinyatakan diambik tindakan sebaiknya..

atau memo edaran ini akan jadi sekadar edaran.. cara edaran di buat pun tak pulak nampak macam isu ni serius dan patut diambil berat.. ermm.. Harap sgt Dato VC yg ada ni buat la sesuatu dalam memastikan upsi mampu bersaing dgn IPGM... name jer Uiniversiti.. tapi level bawah lagi dr IPGM.. camner tu ekk.."
>>Anonymous 1<<

"Akan datang, kurangkan pengambilan mahasiswa dari Kelantan. Ramai sangat org Kelantan sampai UPSI dah jadi macam 'little Kelantan'. Bila dah ramai sgt org Kelantan, percampuran antara mereka dgn pelajar2 negeri lain kurang. Presentation dalam kelas pun tak guna bahasa melayu standard. PENGAJARAN!"
>>roslan suboh<<

"kepada ROSLAN SUBOH, mcm nk kuarngkn pelajar kelantan..dh mmg pelajar kelantan pndai2 leh masuk U..klu nk kurangkan, suh la bdk2 negeri2 yang "kurang pandai" 2 belajar bersungguh2.. jgn nk salhkn bdk2 kelantan.. jgn nk harapkan kuota je nk masuk U..lu pk la sendri."
 >>Anonymous 2<<

"salam..

pada pendapat saya bukan ini alasan terbaik menidakkan guru2 dari upsi..sedangkan calon2 guru dr ukm,upm,usm,utm,um pun bukan la sehebat mana pun.mereka juga gugup dan gagap dalam mengemukakan hujah.mereka juga menghadapi situasi yg sama dgn pelajar2 upsi.dalam hal ini saya ingin bertanya kenapa guru2 dr calon kpli dan dpli tidak pernah di tegur sedangkan mereka ini bukan ada niat sgt nak menjadi guru.di dekolah pun terutamanya sekolah rendah guru2 convert ni bukan komitmen sgt dalam menjalankan tugas.cuma sebahagian shj yg mampu menjadi guru yg baik.Sementelahan dgn itu juga kadang kala guru bidan terjun gstt kdg kala lebih baik dari mereka.cuba kita bayangkan guru gstt yg tiada basic dlm perguruan blh handle pelajar dgn baik.so apa penting alasan yg di kemukakan spp itu? dalam erti kata lain mesti ada yg tersirat di sebalik kegagalan tersebut.sekian.wassalam"

"a rahman majid......... aku rasa dak upsi ni tidak boleh di tegur la.... walaupon salah tetap nak salahkan org... cikgu cap ayam!" >>Anonymous 3<<

"banyaknyer kesalahan budak upsi... lain kali jangan la marahkan dpli or kpli...... kesian diaorang.... lagi satu jangan salahkan negri plak... pelik la.... belajar terima kesalahan diri dan perbaiki kesalahan. kang senang kan. baca betul2 apa yg ditulis dan ambik perhatian untuk lulus. tuh la dulu masuk kos pendidikan sebab kerja payah. sebab tuh tak betul-betul menghayati naluri cikgu... bosan dengar alasan bebudak stpm dgn matriks dulu nak sangat kos pendidikan walaupon xminat tapi disebabkan kerja payah.... (bukan semuanya).. kawan aku minat pendidikan tapi xdapat.. akhirnya dia dpt dpli .. tercapai cita-cita dia...."
 >>Anonymous 4<<

 "DISKRIMINASI.....
bdk2 kpli,dpli x kena tmuduga pun...
time bdk2 UPSI..nah...ambik ko soalan power2 diberi....KBSR lah,PIPP lah,cabang koko lah,FPN lah....
kmi nk jd ckgu..bkn jd menteri palajaran...menteri pelajaran pun x kn dpt jwb soalan2 ni..haha..."
>>Anonymous 5<<

"TERIMA JE LA KELEMAHAN TU... AKAN DATANG BAIKI, BUKANNYA SALAHKAN ORANG LAIN, SALAHKAN SPP, SALAHKAN GSTT, SALAHKAN KPLI, SALAHKAN DPLI, PERLEKEHKAN STUDENT U LAIN... SAPE LAGI SENARAI YANG BESALAH DALAM HAL NI???? KENE TEGUR MELENTING... BUANG RIAK DAN TAKBUR TU, CUBE TERIMA TEGURAN.. AKAL LETAK KAT LUTUT AGAKNYA. SENGAL!!!"
 >>Anonymous 6<<

"dimana diskriminasi... mane taw nie dpli tanya lain... yg budak u lain boleh lepas... camner tuh... pelik jugak aku... sekarang dah semakin jelas mentaliti budak upsi....jgn la malukan upsi..."  
>>Anonymous 7<<

Itulah antara komentar2 yang dilontarkan oleh individu2 yang berkait rapat dengan isu yang diperkatakan. Jadi, apa yang dapat kita lihat dari reaksi tersebut?

#01 > Aku terasa amat kembang dengan komen Anonymous 1 mengenai keberhasilan guru keluaran IPG. Diakui sendiri oleh penuntut UPSI. Kita penuntut2 IPG, masih syok sendiri tanpa memperhebatkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang bergelempangan dalam IPG.

#02 > Meletakkan kelemahan diri pada orang lain. Tertarik dengan komen Anonymous 5, kalau anda tidak memahami apa itu KBSR, PIPP, cabang kokurikulum dan paling utama FPK, adakah saudara/ri layak bergelar seorang guru? 1 soalan yang mungkin patut diajukan kepada saudara/ri, apakah panduan seorang guru dalam mendidik anak bangsa? Bukankah FPK itu matlamat pendidikan yang hendak dicapai? Bukankah FPK sebagai acuan kepada melahirkan murid yang diimpikan oleh negara?

#03 > Sikap mungkin dapat diperhatikan melalui komen nie. Sikap yang sepatutnya dibendung dan dielakkan sebagai seorang guru. Ya, itu isu yang kita tidak puas hati. Tapi, usah pamerkan sikap yang kurang sesuai kepada umum. Berbincanglah dalam suasana yang harmoni dan tenang. Walaupun kita lulusan universiti, tak semestinya kita berupaya dan berpengetahuan dalam semua perkara.

Rakan2 seperjuangan, lihatlah dari perspektif yang lain. Kalau kita benar2 menjiwai dan bersedia menyahut cabaran meneruskan pekerjaan Nabi, kita akan memperbaiki diri tanpa meletakkan kelemahan diri kepada orang lain. Tidak aku nafikan terdapat perbezaan yang ketara antara UPSI dan IPG. Dan ramai mengakui termasuk guru2 di sekolah akan kualiti penghasilan guru berijazah dari IPG sendiri. Jangan dilihat kesalahan orang sebaliknya lihatlah kelemahan diri supaya orang tidak mempertikai diri kita.

Kepada penuntut2 IPG, berbanggalah kita bergelar penuntut a.k.a guru pelatih IPG. Kita telah dijanjikan penempatan. Berusahalah memajukan diri dan mempersiapkan diri sebelum bertugas kelak. Jiwailah naluri dan profesion perguruan ini. Kerana kita harapan Kementerian Pelajaran. Apa bezanya kita dengan universiti?! Bezanya antara perguruan dan pendidikan. INDAHNYA UPSI; UNTUNGNYA IPG.

-Kata Aku-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
oooo...panazzzz...relax beb...xpyh kecoh2...xpyh gduh2 kt cni....aku xnk komen sape2 pnye kmen...cuma bg aku knyataan yg dikeluarkn oleh spp 2 msti la brsebab....msti dh ade kajian yg dibuat sbelum knyataan 2 dikeluarkn....sama2 la kita prbaiki kelemahan diri kita bg yg bkal brgelar pndidik agar kita dpt smbangkn jasa dan bkti kita kpd ank bngsa dan negara pd ms depan...xpyh nk slhkn sape2...nobody prfect rite....xkira la calon dr upsi ke,ipgm ke...semua sama...yg pnting kita sntiasa berusaha ke arah yg lbh baik....wokey....chaiyyokkk!!!!
Tanpa Nama berkata…
anonymous5>>>klu ko nk jd ckgu ko kna thu smua 2...PIPP,FPN,KBSR,cabang koko...2 smua bdang ckgu..so ko kna th...lg 1....mana ko th menteri pelajaran xkn dpt jwb soaln2 tu???
cik teja berkata…
nice post..(^_^)~
Zack Azrin berkata…
Anonymous 1
>>entry ni tuk pgtahuan sesama kita bkal pndidik. bukan nk cri salah ssiapa. di awl entry aku dh ckp. hrp entry nie dpt bntu kter supaya mnyiapkan diri sblm bgelar guru. masing2 ada kelemahan. kita perbaiki.

Anonymous 2
>>2 la mslhnyer...bleh plak die pk mcm 2...adehhh...kter nk jd ckgu...patut serba sket tahu smua tu...itu pkara asas dan wajib dlm kepala otak cikgu...klu xpnting, xdiletaknyer FPK 2 dlm buku lesson plan...aduhaiiii....

nee-ch@n
>>tq...

tq pada korg yg sgup luangkn mse tgalkan komen kt sni.....tq very much...ak amat hargai komen korang...
Zack Azrin berkata…
sbrg info bleh la ke blog upsikini...ade link dlm entry ak....click jew....

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Selingkar Kasih