Anak-Anak 1 Malaysia


Di sebuah kota raya terdapat sebuah tabika. Oleh kerana tabika tersebut berada di tengah-tengah bandaraya, tabika tersebut sering mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan. Tabika tersebut juga banyak menerima sumbangan daripada orang-orang kenamaan. Dan sudah pastilah mereka yang mengantar anak-anak ke tabika tersebut tergolong dalam golongan elit.

Satu hari guru memberikan tugasan kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki mencari mencari sebuah cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama di dalam kelas esok. Pada keesokkan harinya, guru memanggil Daniel untuk menceritakan kisah menariknya kepada kelas.

Daniel: Hari ini saya akan menceritakan mengenai sebuah lingkaran yang dipanggil "DATANG BULAN".


Gurunya berasa pelik mengapa Daniel memilih tajuk tersebut. Apa yang menariknya cerita itu.


Guru: Kenapa kamu memilih tajuk tersebut? Apa alasan kamu menceritakan cerita tersebut di dalam kelas?

Daniel: Entahlah cikgu. Saya sendiri pun bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti-henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah kami bunuh diri.

~eeerrrrmmmm~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih