Doa Untuk Kekasih

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku dan tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi dan,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan untukku dan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Berikanlah aku kekuatan melontarkan,
Bayangannya ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya…

Ya Allah…
Gantilah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama akan dirinya…
Pasrahkanlah aku akan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau mengetahui apa yang terbaik,
Buat hanba-hamba Mu…

Ya Allah…
Cukuplah sahaja Engkau menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di Akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di Akhirat kelak,
Jauhkanlah aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka, kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina,
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai,
Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Amin ya Allah…Ya Rabbal A’lamin…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih