Erti Persahabatan Yang Sebenar
Persahabatan adalah suatu ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Ia adalah suatu yang murni dan suci. Namun, ada sesetangah manusia yang tidak tahu menghargainya malah tidak ikhlas dalam menjalin sesebuah PERSAHABATAN. Sesuatu persahabatan yang terjalin tidaklah semata-mata hanya mengharapkan balasan atau hanya untuk kepentingan diri. Tetapi persahabatan adalah untuk menjalin silaturrahim sesama manusia.
Oleh yang demikian, perlulah kita mengubah niat sebenar dalam erti kata persahabatan yang sebenar. Sahabat yang sejati adalah insan yang menangis dan ketawa bersama kita. Dialah insan yang tahu hati budi dan perasaan kita dalam menempuh hidup yang serba mencabar. Sesungguhnya untuk mencari kawan memanglah mudah tetapi untuk mencari sahabat sememangnya sukar untuk ditemui kerana ia hanyalah satu dalam sejuta.
Justeru, janganlah kita sesekali menyakiti sesiapa kerana kelak kita akan disakiti pula. Untuk menjadi sahabat yang sejati perlulah kita membersihkan diri kita dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan penyanyang.

Ulasan