Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabat kau teman sejati…
Tulus ikhlasmu,
Luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabat kau teman sejati…
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyanyangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa…
Ya Allah,
Tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMu…
Sahabatku,
Akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi…
Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami…
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa dan Fatihah terus ku kirimkan,
Moga di sana kau bersama para solehin,
Kau sahabatku kau teman sejati…

Ulasan