Khas Buat Sahabatku...



Dalam dunia ini kita tak punya sesiapa,
Kecuali diri kita…
Tetapi…dalam kita bersendirian,
Kita beruntung kerana masih punyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitu juga dia…tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alas an memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa…

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang memahami,
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan kita…segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Sehingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kita…

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya…rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaannya dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniupkan semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai...kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah...?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia…

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…
Sebagai kekuatan…jadilah kita sahabatnya itu,
Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Di sebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu…

Ulasan

FIZZ berkata…
wowo..
best larrrr....
bagi lar kat Fizz..
hehe..

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih