Buat Ibu Tersayang

Dalam renunganku 
Terbayang satu wajah yang suci dan bersih
Di sebalik wajah suci itu
Tersembunyi tanda-tanda penderitaan yang terbuku.

Ibu…betapa besarnya pengorbananmu
Betapa dalamnya kasihmu
Betapa suci cintamu terhadap diriku
Sehingga tidak dapat untukku membalasnya
Walaupun dengan permata ataupun wang juta

Hanyalah kasihku
Hanyalah hatiku
Yang dapatku berikan sebagai tebusan
Segala pengorbanan
Segala harapanmu
Akanku tunaikan 
Dengan sepenuh jiwaku



SELAMAT HARI IBU!!!
Along sayang mak...mak lh mak Along dunia akhirat...
terima kasih kerana melahirkan Along, menyusukan Along, membesarkan Along, mendidik Along, sehingga Along dewasa kini...
ALONG SAYANG MAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih