Yang Terpendam
guys, mata semakin kabur. menandakan masa tidur sudah tiba. namun, aku gagahkan jua diri untuk menaip entri ni. mugkin ini saja peluang yang aku ada. tika ni jam menunjukkan 2 pagi. aku bersendiri. dah lama aku pendamkan. aku rase kini mase sesuai untuk aku luahkan. hampir 2 bulan aku simpan. kini aku luahkan pada yang berkenaan. sebenarnya aku berkecil hati dengan kamu 2 bulan yang lalu. ya...tarikhnya sama seperti hari ini. 27hb...sejak angka inilah aku mulai berubah. mengubah sikap. mengubah perspektif. mengubah tanggapan terhadap kamu. dari angka itu, aku mulai menjauhi kamu. kerana aku merasakan diriku tidak dihargai sebagai seorang rakan...sebagai seorang kawan...mungkin sebagai seorang sahabat. sungguh aku berkecil hati. aku biarkan kamu dengan dia dan dia. itu hak kamu untuk berkawan. i try to think it matured. kamu tidak jauh dari aku. kita boleh berjumpa bila mana kamu mahu. tapi kamu seperti tidak mengendahkan aku. aku mengambil langkah jauhi kamu. supaya kamu sedar dan selesa dengan ketiadaan aku. berulangkali aku menyatakan aku tidak ada apa-apa. semata-mata mahu kamu tidak lagi memikirkan aku. aku mahu kamu gembira dengan dia dan dia. berbulan lama aku dan kamu berdiam diri. aku gembira melihat kamu gembira. walaupun aku 'makan dalam'. aku terasa tiada lagi nilai dalam perhubungan. kini, aku cuba lupakan kecil hatiku. niatku satu. tak mahu panjangkan persengketaan. aku cuba permudahkan komunikasi kita. respon kamu positif. kamu seperti mahu rapat kembali bersama aku. aku terima. tapi, tidak seperti dulu. aku belajar dari pengalaman. dulu mungkin kita bagai aur dengan tebing. tapi kali ini mungkin kita tidak lagi begitu. aku mulai sedar akan sikap kamu. kamu mudah melupai yang lama apabila kamu menjumpai sesuatu yang baru. kamu bergembira dengannya sedangkan yang lama kamu biarkan. Endah tidak endah sahaja. aku terima. dan kini, kita sekadar rakan biasa. tidak lebih dari itu. terima kasih kerana menyedarkan aku. kenangan yang kita lalui bersama dulu jadikanlah sebagai sejarah yang tak mungkin berulang. aku harap kamu faham. kita sekadar kawan. maafkan semua kesalahan yang telah aku lakukan terhadap kamu yang kamu tidak senangi. aku doakan, kamu happy bersama dia dan dia. aku harus meneruskan hidup sebagai seorang insan yang serba kekurangan.
Ulasan