4 Langkah Tambahan Kerajaan Bendung Pandemik H1N1



Semalam Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (H1N1) telah memutuskan untuk mengambil empat lagi langkah tambahan dalam membendung penularan penyakit selesema babi. Antara langkah-langkah tersebut adalah:
  1. Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.
  2. Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi. Enam kategori pesakit itu adalah wanita mengandung, obesiti, pesakit asma, pesakit paru-paru kronik, pesakit diabetes, dan pesakit yang mempunyai imuniti yang rendah.
  3. Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.
  4. Menambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.
Menurut TPM, Tan Sri Muhyuddin Yassin, mereka yang berisiko dan mempunyai simptom2 dijangkiti Pandemik A (H1N1) dalam tempoh 48 jam akan deberikan suntikan antivirus tanpa perlu menjalani ujian saringan/pengesahan.

Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul telah mencecah 1460 kes iaitu 574 adalah kes import dan 886 kes tempatan yang telah mengorbankan 8 orang setakat hari ini. Daripada jumlah tersebut, 1410 pesakit telah sembuh, 27 menerima rawatan antivirus, dan 10 masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: Utusan Malaysia Online, 05/08/2009.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih