Cara Yang Betul Pakai Penutup Hidung Dan Mulut
Penulis nak berkongsi sikit pengetahuan dan maklumat kepada semua pembaca blog penulis. Adakah kita sedar bahawa penutup muka atau lebih tepat dipanggil penutup hidung dan mulut mempunyai banyak jenis. Perkara itu akan penulis kupaskan pada masa akan datang. Secara umumnya, cara pemakaian penutup hidung dan mulut nie adalah sama. Berikut adalah cara yang betul untuk memakai penutup hidung dan mulut.
- Sebelum memakai penutup hidung dan mulut, pastikan anda telah membasuh tangan dengan sabun (anti-bakteria) terlebih dahulu.
- Kenal pasti bahagian luar dan dalam (lapisan berwarna adalah bahagian luar). Jangan menyentuh bahagian dalam untuk memastiakn ianya tidak tercemar. Bahagian yang mempunyai kepingan logam halus berada di bahagian atas (atas batang hidung).
- Tekan kepingan logam supaya ia bengkok dan sesuai dengan bentuk batang hidung anda. Kepingan ini bertujuan untuk mengemaskan dan menutup sepenuhnya bahagian hidung dan mulut anda.
- Pastikan penutup hidung dan mulut yang anda pakai kemas dan selesa. Gunakan tangan untuk mengemas dan menselesakan kedudukannya.
- Ketika membuka penutup hidung dan mulut, pastikan anda tidak memegang bahagian luar kerana dikuartiri terdapat virus pada lapisan tersebut.
- Buang penutup hidung dan mulut yang telah dipakai ke dalam tong sampah.
Harus diingat, penutup hidung dan mulut digalakkan hanya digunakan sekali sahaja berdasarkan jenis penutup hidung dan mulut yang anda pakai. Walau bagaimanapun, garis panduan penukaran penutup hidung dan mulut boleh diguna pakai.
- Selepas bersin dan batuk.
- Berada dalam lingkungan 1 meter dari orang yang batuk dan bersin tanpa memakai penutup hidung dan mulut.
- Diyakini penutup hidung dan mulut telah tercemar.
Penulis menyarankan, seandainya anda tidak bersin atau batuk ketika memakai penutup hidung dan mulut, tukarlah mask anda tu 2 hari sekali. Itu hanya saranan penulis la. Korang nak ikut ke tak nak, terpulang. Bukan kesihatan penulis, kesihatan korang. wakakakakakka...Oleh itu, penulis harap dengan maklumat yang penulis kongsi nie dapat membantu anda dalam hal pemakaian penutup hidung dan mulut nie. Selepas nie, boleh la pakai dgn betul. Xde la orang ketawakan kiter nanti.
Sumber:http://malay.cri.cn/ dan http://beliamuda.com/
Ulasan