Dulu Influenza, Kini Pandemik


Influenza A subtype H1N1 mula menular pada pertengahan April 2009. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran tahap 3 pada mulanya penularan penyakit ini seterusnya kepada tahap 5 dan pada 11 Jun lalu WHO telah mengumumkan tahap penyakit tersebut kepada tahap tertinggi iaitu tahap 6. ini adalah pertama kali dalam sejarah penyakit dunia sejak tahun 1968.

Pandemik ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas (merentasi benua). Dalam sejarah, penyakit yang dikategorikan sebagai pandemik ialah cacar, HIV, batuk kering, dan Influenza A H1N1. Menurut WHO, sesuatu penyakit boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila 3 syarat ini dipenuhi iaitu:

  1. Kemunculan penyakit baru dalam populasi.
  2. Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius.
  3. Ia merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.

Pandemik bukan sahaja suatu penyakit yang menular dan membunuh ramai manusia tetapi ia mestilah sesuatu yang berjangkit. Dalam sejarah perubatan, Cholera, Influenza, Tyhpus, Cacar ("Smallpox"), Maesles, Batuk Kering ("Tuberculosis"), Kusta ("Leprosy"), Malaria, dan Demam Kuning telah diklasifikasikan sebagai Pandemik oleh WHO. Semua penyakit ini bermula dari Eropah yang seterusnya merebak ke seluruh dunia melalui manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih