Kenali Influenza A (H1N1)

Influenza, Selsema, Flu merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

Golongan yang berisiko menerima influenza ialah:
  1. Pesakit diabetis mellitus.
  2. Mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah.
  3. Pesakit kardiovaskular.
  4. Pesakit buah pinggang.
  5. Pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV.
  6. Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ.
  7. Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih