Semoga Dicucuri Rahmat


Kita digemparkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Perginya seorang artis juga seorang ustaz yang amat Zack minati. Walaupun Zack tidak begitu fanatik dengan beliau, namun Zack amat fanatik dengan Brothers. Beliau ialah Ustaz Asri. Zack percaya, ramai yang mengenali beliau disebabkan kelunakan dan kemerduan suara beliau dalam mengalunkan lagu dan zikir. Beliau dilaporkan rebah sebelum tidak sedarkan diri semasa melakukan persiapan rakaman program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Beliau seterusnya dikejarkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Bagaimana pun, beliau telah disahkan meninggal dunia disebabkan sakit jantung pada jam 11 pagi. Zack amat terkejut dengan berita pemergian beliau buat selama-lamanya. Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan mendoakan segala dosa beliau diampunkan Allah swt dan rohnya ditempatkan bersama-sama para soleh dan solehah.


AL-FATIHAH

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Ulasan

edan coba berkata…
Al-Fatihah..
sedih sangat coz saya minat suara alunan Ustaz Asri...

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih