Aidilfitri Mula Membahang
Salam sejahtera kepada semua. Hari nie dah masuk 26 Ramadhan. Cuma tinggal 3 hari je lagi kite akan menyambut Syawal. Zack rase sekejap je puase. Tup…tup…dah nak raye. Mungkin disebabkan sibuk dengan assigment dengan kelas kot. Kalau duk rumah gerenti rase lambat. Maklum la duk saje. Bile dah dekat2 raye nie, teringat lak Zack mase sekolah menengah dulu.
Minggu2 terakhir pose nie la Zack sibuk gi kedai belek2 kad raye nak disampaikan kepada kawan2. Kalau tak bagi kad raye mase minggu terakhir nie, rase macam tak meriah lak raye. Macam tak de pape yang akan berlaku. So, dah menjadi kemestian kepada Zack bagi kad raye setiap tahun kepada kawan2.
Walaupun sekelas, tiap2 hari jumpe, duk sebelah meja je pun, kad tetap Zack bagi. Walau pun tak pada semua. Zack bagi pada kawan2 rapat Zack je. Lelaki perempuan sama je. Walaupun kecil tak expensive, tapi amat bermakna. Selalunyer Zack la orang pertama yang bagi kad raya kat diorang.
Lepas 2,3 hari, Zack dapat balik balasan kad. Waaa…happy nak mampus rase. Samapi sekarang Zack masih simpan kad raye tu. Sempat jugak Zack belek2 kad tu sebelum balik kampus 2 minggu lepas. Ketawa sendiri bile baca isi kad tu. Ayat budak2 la kata kan. Pada kawan2 sekolah menengah Zack dulu, Meor, Ali, Naim, Adilah, Jannah, Azizah, Izzati, dan Suhaila…kad korang aku still simpan lagi tau.
Terutama kad raya dari Adilah dan Jannah. Diorang nie secret admire. Zack sendiri tak sedar yang diorang nie secret admire Zack. Sampai la Zack dapat kad raya dari diorang nie. Huhhh…bile dapat kad raye tu, semuanye dah terlambat.
Wakakakkaka…To my ex…kad awak jugak de saya simpan. Walaupun mungkin itu kad yang pertama dan yang terakhir dari awak. Ia mengingatkan saya pada keadaan pada waktu tu.
Walaupun apa yang berlaku bukan kehendak saya, saya terima dan saya mendoakan awak bahagian dengan penganti saya. Saya tahu die di samping awak sekarang yang menjaga kebajikan awak.
Ulasan