Aku Takut Akan Janji-Nya


Malam nie Zack sendirian kerana roomate ke Kuala Lumpur menjalani latihan untuk kejohanan sukan antara IPG yg entah bila akan berlangsung. Tak tahu ape yg nak dilakukan. Hanya termenung di hadapan laptop kesayangan. Entah bagaimana secara tiba2, hati Zack berasa takut. Terlintas di fikiran mengenai neraka. Pelik kan?! Zack termikirkan tentang azab yg dijanjikan Allah swt kepada hamba-Nya yg ingkar. Zack menjadi kecut perut. Membayangkan azab2 yg diceritakan di dalam al-Quran.

Zack cuba membayangkan Zack berada di dalam neraka dan menerima azab neraka. Subhanallah...Zack tak mampu menahannya. Di dunia, kalau 1 jari terkena api kita dah menjerit sampai 1 kampung dengar. Melecur sikit pun sudah la, sakitnya pun kita dah tak dapat nak tahan. Inikan pula api neraka yang dijanjikan Allah swt yg sangat pedih dari api yg berada di muka bumi malah di dunia.

Allahu Akbar...Zack tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Zack dalam neraka. Seluruh tubuh badan dimamah oleh api neraka. Ya Allah...adakah ini satu peringatan kepadaku? Subhanallah...Zack mengetahui Zack banyak melakukan dosa. Zack memang lalai. Zack terlalu asyik dengan nikmat dunia sehingga Zack terlupa akan akhirat.

Zack adalah seorang hamba yg lemah. Dan Zack juga sentiasa berusaha memperbaiki diri. Mak dan abah Zack dah memberikan pendidikan agama yg secukupnya untuk Zack. Secara asasnya Zack telah memahami Islam dan banyak lg perkara yg Zack masih perlu pelajari. Otak, hati, nafsu dan diri sememangnya Zack perlu mantapkan. Zack kalah dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Subhanallah...ya Allah, ampunilah dosaku...Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi segala dugaan yg Engkau sediakan untukku...Aku mengakui kebesaran-Mu dan janji-Mu...Cuma kadang2 aku lalai dan alpa dengan kenikmatan yang Engkau berikan...bantulah aku ya Allah...kembalikanlah aku kelandasan kebenaran yang Engkau redhai...


*****


Sebagai peringatan kepada diri Zack juga saudara-saudari, Zack telah mencari sartikel di ruangan intenet mengenai azab neraka sebagai peringatan kepada kita yang sering lalai lagi alpa dengan nikmat dunia. Zack harap kita akan diberikan kesedaran, hidayah dan taubat daripada-Nya. Ini adalah petikan daripada http://azzariyat.wordpress.com/.


*****

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata: Suatu hari Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali. Maka Nabi pun bertanya : "Wahai Jibril, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar?”.

Jawab Jibril: “Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan seksaan kubur itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih, untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya.”

Lalu Nabi bersabda: "Jelaskan padaku sifat Jahannam itu.”

Ucap Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baraannya."

"Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya neraka jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya."

"Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh."

"Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.”

Nabi bertanya: “Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab malaikat itu: “Tidak, tetapi selalu terbuka. Setengahnya di bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu, jarak perjalanannya 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda ( yang lebih bawah lebih panas)."

Tanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Fir’aun yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga, tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali. Sesudah sedar, Nabi bersabda: "Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Mendengar jawapan itu, Nabi s.a.w pun menangis teresak-esak, begitu juga dengan Jibril. Kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi selalu menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.


*****

Allahu Akbar...Nabi mendengar akan azab yang akan ditanggung oleh umatnya yang berdosa boleh pengsan kita bagaimana pula? Sekali dengar, gerun. Selepas itu, lupa. Itulah bezanya kita dengan Nabi. Baiklah, dengan artikel tadi Zack harap dapat membuka mata dan hati kita untuk kembali kepada agama Allah swt. Supaya kita masih diberikan peluang dan ruang untuk bertaubat dan kembali kepada Allah swt. Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih