Kenali Taiping #1
Sementara menunggu waktu berbuka nie, Zack lapang2kan diri tuk bercerita mengenai bandar Taiping di mana Zack tinggal sekarang. Ramai yang familiar dengan nama Taiping tidak kurang juga yang tertanya2 ada ape kat Taiping tu? Ramai tidak mengetahui akan salasilah Taiping itu sendiri. Sekarang Zack nak bongkarkan dan menceritakan apa sebenarnya Taiping itu.
Kalau tak silap Zack, dalam buku Sejarah Tingkatan Tiga ada menceritakan mengenai sejarah Taiping. Tapi macam biasalah, pembelajaran di Malaysia nie berorentasikan peperiksaan. Belajar untuk memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Habis je peperiksaan lupe la semua benda yang dah belajar. Yang tinggal hanya ingat2 lupa.

****
Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.
Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.
Itu adalah pengenalan ataupun asal usul kelahiran bandar Taiping. Sekarang Zack nak bercerita mengenai tempat2 menarik yang terdapat di Taiping atau lebih kepada apa yang ada dalam daerah Larut nie. Yang pertama mengenai Muzium Taiping. Muzium Taiping merupakan muzium yang tertua sekali kat Malaysia. Sir Hugh Low merupakan pengasasnya. Muzium Taiping dibina secara berperingkat2.
Peringkat pertama pembinaannya pada tahun 1883 dan siap dibina pada 1886. Pada tahun 1889 bermulanya pembinaan serambi di bahagian hadapan dan belakang. Bahagian belakang asal bangunan telah disambung pada tahun 1900 dan siap pada tahun 1903 untuk dijadikan Balai Pameran. Keunikan Muzium Taiping adalah pada seni binanya yang berunsurkan bangunan Moorish.
Muzium Taiping ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dan tarikan utamanya iaitu koleksi orang asli yang lengkap dan terbaik selain peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca. Tahukah anda, Muzium Taiping juga mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.
Ok, itulah sedikit mengenai bandar Taiping. Zack akan membawakan lagi cerita2 mengenai Taiping nie dalam beberapa siri entri Kenali Taiping. So, pada mereka yang nak kenali Taiping bolehlah mengikutinya. Sekarang Zack nk prepare berbuka. Jumpa lagi. Selamat berbuka.

*****

Ulasan