Entah kenapa Zack tertarik nak tulis pasal persahabatan. Mungkin disebabkan pengalaman Zack?! Mungkin jugak kot. Tapi apa yang Zack nak katakan, bukan mudah nak cari seorang sahabat sejati. Sahabat yang betol2 boleh kita percayai. Walau bagaimanapun, Zack beruntung, Zack ade seorang sahabat yang cukup memahami Zack. Walaupun dia dan Zack jauh, mengejar impian masing2 namun kami selalu berhubung dan selalu berjumpa bila balik cuti. Hanya dia Zack percayai. Walaupun Zack ramai kawan, tapi bukan semua Zack boleh percaya. Bukan bermakna Zack curiga atau tidak yakin terhadap kawan2 Zack, tapi pengalaman telah mengajar Zack. Zack perlu lebih berfikiran matang. Yup, begitu lah yang sahabat Zack katakan. Thanks 4 ur advice. Dalam Zack duk selongkap fail dalam laptop nie, terjumpe lak nukilan nie. So, Zack publish kan tuk korang.
Persahabatan adalah suatu ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Ia adalah suatu yang murni dan suci. Namun, ada sesetangah manusia yang tidak tahu menghargainya malah tidak ikhlas dalam menjalin sesebuah PERSAHABATAN. Sesuatu persahabatan yang terjalin tidaklah semata-mata hanya mengharapkan balasan atau hanya untuk kepentingan diri. Tetapi persahabatan adalah untuk menjalin silaturrahim sesama manusia.
Oleh yang demikian, perlulah kita mengubah niat sebenar dalam erti kata persahabatan yang sebenar. Sahabat yang sejati adalah insan yang menangis dan ketawa bersama kita. Dialah insan yang tahu hati budi dan perasaan kita dalam menempuh hidup yang serba mencabar. Sesungguhnya untuk mencari kawan memanglah mudah tetapi untuk mencari sahabat sememangnya sukar untuk ditemui kerana ia hanyalah satu dalam sejuta.
Justeru, janganlah kita sesekali menyakiti sesiapa kerana kelak kita akan disakiti pula. Untuk menjadi sahabat yang sejati perlulah kita membersihkan diri kita dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan penyanyang.
Satu senja tu, sebelum solat Zuhur, ataupun solat Maghrib lebih tepatnya, aku berbual dengan seorang rakan aku ni. Aku : Weh, malam ni nak keluar tak? Dia : Keluar? Kau tanggung ke? Aku : Kepala hotak kau. Aku xde sugar mummy la. Dia : erm... Aku : erm je? Dia : Aku tak tau lagi. Aku : Jom la. Aku SANGAP ni. Dia : Dah SANGAP tu tido je la. Watpe keluar. Aku : Aku bukan SANGAP benda tu la. Dosa weh. Aku SANGAP gila nak keluar. Dah lama kot tak lepak-lepak. Dia : SANGAP mana ada dosa. Takkan kau nak tahan kot. Dah nak SANGAP tu, SANGAP je la. Aku : Weh, kau nak suro aku buat maksiat ke weh? Dosa besar tu. Aku takla seSANGAP sampai tahap macam tu! Camtu dah la! Tak payah la keluar. Dia : Aik? Marah lak dia? Aku pun malas. Huarghh. Aku pun dah SANGAP ni, baik aku tido awal malam ni. Salah aku ke yang mcm over react? ataupun salah situasi yang menyebabkan aku tak keluar malam tu? Kesimpulannya SANGAP tu ada maksud berbeza ok! Erti SANGAP versi 1 Sangap bermaksud menguap. Orang2 selatan esp...
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi. Satu isu yang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu ingin aku imbau kembali buat semua bakal2 guru. Sama2 kita kongsikan maklumat ini untuk memantapkan diri sebagai seorang bakal guru. Kupasan ini bukan nak mencari salah siapa mahupun mempamerkan kekurangan mana-mana institusi. Prinsip yang perlu kita pegang teguh dalam membicarakan isu ini adalah kesediaan diri bergelar seorang pendidik. Pokoknya, seluas mana pemandangan kita; lihatlah diri sendiri. Maklumat nie disiarkan dalam UPSIKini bertarikh 20 Julai 2010. Isunya adalah ketidaklayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI untuk di- posting -kan ke sekolah. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah menyatakan sebab2 kenapa lepasan UPSI tidak berupaya untuk dihantar mengajar ke sekolah. Jabatan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI telah mengeluarkan memo bertarikh 25 Februari 2010 ...
Seharusnya cinta ini bisa berdiri Sebagai sebuah istana megah Menjadi persinggahan mahkota hati Melambang kebahagian kita Seharusnya cinta kita bisa tersenyum Seolah seorang puteri ayu Akan menjadi idaman mahkota hati Lambang pengorbanan kita yang suci Tetapi selingkar oh kasihmu Telah terurai meragut dan menyakar Hati ini jua Masih lagi selingkar kasihmu Yang menghantui rasa dan merindu daku jua Oh… Kepastian yang ku nanti tetapi engkau Masih mencari cinta yang lain Bukan diriku Seharusnya cinta ini bisa berdiri Sebagai sebuah istana megah Menjadi persinggahan mahkota hati Melambang kebahagian kita kasih
Ulasan