2 Tahun Tanam Jagung


Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya,
pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


Sumber: http://upsikini.blogspot.com/

Ape cerita nie sebenarnye...UPSI nyer Naib Canselor nie biar benar...pembekuan untuk UPSI sahaja kot...Takkan IPG kene tempias sekali...Untuk pengetahuan semua, UPSI dan IPGM merupakan dua entiti yang berbeza. UPSI merupakan sebuah IPTA yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dalam pendidikan serta penuntut2 nyer menerima pinjaman PTPTN dan tiada jaminan penempatan di sekolah2 selepas tamat pengajian.

Berbeza dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) (dulunya dikenali Maktab Perguruan). IPG merupakan sebuah institusi pendidikan setaraf IPTA yang diiktiraf dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus2 peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) untuk guru2, Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk guru2 serta kursus2 peningkatan profesional lain yang diiktiraf oleh KPM. Selain itu, KPM mengiktiraf IPG sebagai sebuah pusat latihan perguruan yang utama dalam negara. Penuntut2 nyer diberikan elaun sara hidup sepanjang pengajian.

Dan amatlah mustahil kerajaan Malaysia akan membekukan penempatan lepasan IPG hanya kerana kerajaan mengalami masalah kewangan. Kerajaan telah melaburkan berbilion2 ringgit dalam melahirkan guru berijazah melalui KPM dan BPG. Oleh itu, para penuntut di IPG usahlah anda gentar dengan khabar2 angin sebegini. Perlu diingat, UPSI dan IPG bernaung di bawah kementerian yang berbeza. Sepatutnya penuntut2 UPSI lebih jelas akan polisi dan kedudukan UPSI sendiri. Mulai tahun hadapan, IPG akan melahirkan beribu2 guru siswazah di seluruh IPG dan mustahil kerajaan akan mengabaikan golongan yang berwibawa untuk mendidikan anak bangsa dan memacu kemajuan negara.


Ulasan

[z@ck] berkata…
biar betol...
moral down la klu bnda ni melibatkan IPGM juga..huhuhu

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih