Andai Ku Diberikan Peluang

Rakan2 ku sekalian. Andai didatangkan kepada mu dua golongan manusia. Seorang kekasih dan seorang sahabat. Andai engkau dikehendaki memilih salah satu antara duanya. Yang manakah akan kau pilih?
Andainya kau punya mata hati, kau akan memilih sahabat. Dengan sahabat kau akan bertemu dengan kekasih. Kerana sahabat akan menunjukkan kejujuran dan kesetiaan yang sejati. Tetapi andainya kau pilih kekasih, kau akan bertemu dengan kekecewaan. Kerana kekasih hanya memaparkan kejujuran dan keikhlasan hanya apabila kehendaknya dipenuhi.
Percaturan yang salah akan membawa kita kepada kekecewaan dan kehilangan seorang sahabat yang sejati. Wahai sahabat ku, aku mengerti akan kehangatan cinta mu. Tapi, jangan engkau melupai bahawa dia bukan milik mu. Dan kamu akan kehilangannya suatu hari nanti dengan takdir Ilahi. Aku masih setia di sini sebagai seorang sahabat mu yang merindui persahabatan lalu.

Ulasan
xbole jgk na ckp yg kita xperlukan kekasih..
huhu
Ammar: kekasih datang selepas sahabat. betul atau tidak? setiap individu punya pendapat. tapi, pgalaman zack la, shbt come first b4 lover.