As-Syura

Hadoiii...wireless kat kampus nie baru je pulih. Entah ape sebab musebab nyer 2 hari down. Dah nak giler dibuat nyer tak dapat nak update blog kesayangan Zack nie. Oklah, tak nak sembang2 kosong panjang2. Entry kali nie Zack nak ceritakan sedikit pengalaman Zack yang pertama kali menonton teater sepanjang 20 tahun bergelar manusia di bumi Malaysia nie pada 27 Oktober yang lalui. Itulah pengalaman yang tak ternilai dalam hidup Zack.

Keghairahan dan keinginan Zack nak menonton pementasan teater nie baru je memutik bebarapa minggu yang lepas selepas Zack menonton filem GADOH yang di-download dari internet. (bukan cetak rompak erk…) Dalam filem tu menceritakan sekumpulan pelajar sekolah menengah nie yang suka bergaduh dengan bangsa lain. Senang cakap, ada perasaan perkauman yang tebal dalam diri diorang tu.

Diorang nie benci sangat dengan kaum lain disebabkan pengaruh persekitaran diorang sendiri seperti keluarga. Jadi, untuk selesaikan masalah nie cikgu sekolah diorang menubuhkan sebuah kelab teater yang mewajibkan diorang nie yang suka bergaduh sesama kaum menyertainya. Alhamdulillah, matlamat dan objektif penubuhan kelab teater nie berjaya dicapai dan perasaan perkauman dalam diri diorang nie berjaya dikikis sehingga mereka bersatu dan bekerjasama menjayakan satu pementasan teater yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran.

Dan dari filem itulah Zack mula jatuh hati dengan teater. Zack tak berminat nak mementaskan teater (sebab Zack tersangat la “kayu” kalau berlakon), tetapi Zack berminat nak menonton pementasan teater. Rasa macam satu aura bila menonton teater nie. Mendalami dan penghayatannya lebih cepat berbanding dengan kita menonton filem atau wayang mahupun di televisyen. (aikkk…macam dah lari tajuk dah nie) Kiter balik kepada cerita sebenar yang Zack nak citer kan.

Melalui kerjasama Kelab Teater IPGM Kampus Perlis dengan Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), satu pementasan teater telah berjaya dipentaskan dengan jayanya pada malam 27 Oktober lalu bertempat di Dewan Indera Kayangan IPGM Kampus Perlis. Teater tersebut bertajuk ‘As-Syura’ yang mengisahkan pergolakan dan perkelahian antara adik-beradik mengenai harta pusaka warisan keluarga. Perebutan ini mencetuskan pergaduhan, pertalian kekeluargaan yang semakin dingin dan kegagalan minda berfikir secara waras.

Pementasan selama hampir 2 jam itu benar2 berbaloi untuk Zack yang baru berjinak2 nak mengetahui pasal teater nie. Dengan bayaran tiket RM3, pada Zack ianya cukup berbaloi dengan pementasan yang dipersembahkan. Terdetik kat hati kalau2 lah Zack berpeluang menonton pementasan teater kat Istana Budaya, memang Zack takkan tolak nyer. (Ade sape2 nak sponsor Zack pegi tengok pementasan teater kat Istana Budaya? Hehehehehe…)

Alhamdulillah, bersyukur sangat hajat nak tengok pementasan teater kesampaian. Harap2 ade lagi pementasan macam nie dapat diadakan oleh Kelab Teater kampus nie. Terlupa plak nak bagi tahu, korang kenal tak Hairi peserta Anak Wayang yang disiarkan Astro? Zack pun tak ikut Anak Wayang nie. Masa Anak Wayang tengah hangat disiarkan, rumah Zack tak pasang Astro lagi. So, tak tahu sape2 pun dalam Anak Wayang tu. Tapi, ade terbaca dan terlihat dalam akhbar2 pasal diorang nie.

Satu slot diberikan kepada Hairi sebelum As-Syura dipentaskan. Hairi bermonolog yang menceritakan dua orang pemimpin kampung yang nak menegakkan ideologi masing2. (ataupun orang cakap bodek la…) Zack tak berapa minat sangat dengan monolog2 nie. Tapi, kalau orang lain mungkin minat la kot. Begitulah al-kisahnya. Sebelum pementasan, Zack excited sangat. Asyik tengok jam je takut terlambat pegi dewan. Yela kan, pertama kali dapat peluang macam nie. Tentula tak keruan jadinya. Kan3…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih