Kecoh


Salam alaik. Sekarang nie, duk la kat mana2 tempat dalam kampus nie...topik perbincangan kelompok2 penuntut IPG nie hanyalah satu. RUMAH SEWA. Kenapa topik nie begitu hangat nak di perbincangkan?!! Kisahnya bermula begini.

2 minggu lepas Ketua Unit Kediaman IPG Kampus Perlis telah mengumumkan bahawa penuntut PISMP Sem 4 dan 6 akan diberikan surat untuk tinggal di luar kampus. Hostel terpaksa dikosongkan untuk menampung student2 intake akan datang. Dari sumber yang boleh dipercayai, kampus memerlukan kekosongan sebanyak 300 lebih dan keseluruhan penuntut PISMP Sem 4 dan 6 hanyalah seramai 150 orang.

Kenyataan itu membuatkan penuntut PISMP Sem 2 bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Perbincangan rancang mengenai kawasan rumah sewa yang bersesuaian dan berhampiran dengan kampus. Walaupun pihak pentadbiran kampus tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menghendaki penuntut PISMP Sem 2 tinggal di luar kampus dalam masa terdekat, namun kitorang amat pasti bahawa kitorang akan menuruti jejak penuntut PISMP Sem 4 dan 6.

Walau apapun, persiapan awal harus dilakukan kerana perkara tersebut pasti akan kitorang lalui. Kalau bukan semester depan, pasti semester akan datang. Dan kitorang yakin Julai 2010 kitorang akan dikehendaki tinggal di luar. Ermmm....Zack tak tahu nak cakap pe lagi. Tinggal kat hostel pun elaun cukup2 je. Kalau tinggal kat luar, entah macamana la. Kene cari part-time la kot. hehehehhehehe...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih