Keinginan
Salam alaik. Alhamdulillah, Zack dapat update blog nie lagi selepas semalam seharian melalui aktiviti yang padat dan berat. Setiap hari Khamis keadaan ini akan dilalui oleh kitorang budak2 RBT. Tapi, apapun ianya menyihatkan tubuh badan kerana mengeluarkan peluh. In the other side, letih... Itulah lumrah kehidupan seorang penuntut. Bukan setakat duk dengar lecture pensyarah je tau, aktiviti outdoor pun terpaksa dilalui. Dah biasa dah dengan semua nie. Zack bersyukur sangat hari nie tak de kelas. Tadi bangun pun kul 8. (hehehehehehe...)
Zack sempat membaca semua entry terbaru blogger yang Zack follow semalam. Semua nyer menarik2. Tengok balik blog Zack, tertanya sendiri.
"Menarik tak entry blog aku nie ha?! De tak orang yang bace? Ke...aku je yang dok syok sendiri?"
Tak kesah lah de orang baca ke tak. Zack just nak ceritakan pe saje yang Zack nak ceritakan. Luahan hati ke...bende yang Zack tak puas ati ke...Its my own life experience. That's my diary. Ok, dalam banyak2 yang Zack baca, entry saudara Payeed jugak yang memberikan Zack idea untuk Zack tulis entry nie. Saudara Payeed nie dier punyer keinginan yang tinggi. (pada Zack la...) Dier bile dapat first salary as teacher dier nak pegi Bali. Katanya syurga dunia. Zack tak tahu sangat pasal Bali nie. Nanti Zack search pasal Bali erk.
Back to Payeed entry. Dalam entry tu jugak disebut oleh saudara Payeed tentang keinginan nyer yang dah semakin jauh. (memikat hati gadis2 erk...) Zack harap saudara Payeed jangan terlalu hampa dengan pe yang berlaku. Jauh lagi perjalanan hidup nie. Dan, apa yang lebih menarik perhatian Zack ialah kata2 terakhir dalam entry tu.
~ ak juga teringin utk miliki org yg ak syg..
~ yg boleh berkongsi hati..
sayang bukan bermaksud memiliki..sayang juga bukan bermaksud melepaskan ia pergi..
ku mahu diikat~ ku mahu mengikat~fahamilah...
kita ada 2 mata, 2 tangan, 1 kaki, tapi punya 1 hati..
d mana lg satu?
cari...carilah hati yg satu itu..
~ ia ada d mana2..
~dan doakan ak mendapat hati yg baru
ak juga ingin bahagia..
ingin punya rasa memiliki dan dimiliki..
Penuh dengan pengertian yang mendalam. Ada betul juga cakap saudara Payeed nie. Perasaan nak memiliki orang tersayang tu ada dalam diri manusia. Tapi, manusia selalu terlupa yang saying tu bukan bermaksud memiliki seseorang tapi bukan juga bermaksud kita patut melepaskan seseorang. (korang faham tak? Tak faham wat2 faham sudah…) Zack pun selalu terkeliru dengan bende2 macam nie. Kita sayang orang tu, tapi bukan bermakna orang tu milik kita. Tidak bermakna juga kita lepaskan dier disebabkan dier bukan milik kita. (de sesapa yang boleh menerangkannya dengan lebih mendalam?) Marilah sama2 kita fikirkan.
Selain tu, saudara Payeed de jugak memberikan perbandingan dan pertalian antara mata, tangan kaki, dan hati. Semuanya kita miliki dua kecuali hati. (simbolik jugak…) Dan ayat yang terakhir, manusia juga ingin memiliki dan dimiliki. Kadang2 kita tak sedar semua nie. (kalau tak sedar pun mungkin tak perasan…) Semua nie dapat menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum nie. Thanks to bro Payeed sebab memberi sedikit input pada Zack tanpa diduga. Zack mula sedar bahawa sayang tidak membawa makna memiliki juga tidak bermakna meninggalkan. Ermmm…
Ulasan
jangan lupa support album Nikki-Hawa yer.. TQ
ntah la...
zack pn xthu...
tp mmg perlu perasaan tu...
zack xmnat sgt Nikki nie...
tu prasaan normal...stiap mnsia kan de tarikan tsendiri...sme la mcm citer MF tadi...mgkin kte rse plik je ble org yg xbaby face kew...kurang kacak sket ke yg ckp rmai org duk usha dier...sbbnyer dier de tarikan tsendiri...sme gak mcm shin...wlau pun inesen, tp msti de satu tarikan pd shin...yg zack nmpk trikan pd shin nie...
1. ke'inesen'an shin...
2. lesung pipit kat pipi tu...
hik3...