Kenali Diri

Entah kenapa, sewaktu Zack balik kampung cuti hari tu Zack susah benar nak lelapkan mata. Hampir setiap malam Zack tidur 2-3 pagi. Runsing? Mungkin. Maka satu malam tu, terzahir kata-kata yang Zack pun tak tahu datang dari mana. Ilham kot? wakakakkakakaka...So, anybody that free to comment my poem (may be), please welcome. I'll reply it soon.


Tika alam sepi dengan hingar manusia.

Tika makhluk berakal hanyut dengan fantasi mimpi.

Aku masih termenung ditemani segelas air kosong.

Pedih…basah mata aku merenung skrin laptop yang masih terpasang.


Kenapa? Kerana aku seorang manusia.

Manusia yang belum tahu asal usulnya.

Manusia yang belum kenal identitinya.

Manusia yang belum mengerti tujuan celiknya.


Ahhhh…sememangnya aku sebegini.

Setahun, dua tahun bahkan tiga tahun lalu.

Perkara sama aku menungkan dan tenungkan.

Namun, masih belum terusik persoalan hati.


Siapa aku?

Siapa aku pada kamu?

Siapa aku pada dia?

Siapa aku pada kita?


Hidup menungkah laluan diri.

Hidup menyongsang hasrat perasaan.

Hidup mendabik kata hati.

Senang, suka, gembira, ketawakah aku?


Tidak! Aku menangis.

Siapa aku?

Siapa aku pada kamu?

Siapa aku pada dia?

Siapa aku pada kita?


Aku adalah aku.

Lahirku begini.

Zahirku begini.

Takdirku begini.


Berubah? Manusia mana tak mahu berubah.

Hatta Adam sekali pun mohon dikembalikan ke syurga.

Aku? Keturunan Adam yang entah generasi ke berapa.

Namun, darah Adam ada dalam tubuh aku.


Bukan dunia tanpa dugaan.

Bukan dunia tanpa ujian.

Bukan dunia tanpa godaan.

Kita kenal siapa dunia.


Tapi, siapa aku?

Ada tidak sikit bertambah.

Tak ada sikit berluak.

Sinis dan jeling manusia melihat.


Aku juga manusia biasa.

Kenapa aku diperlakukan begitu?

Kerana aku hilang satu sifat manusia?

Adakah ia menidakkan aku sebagai manusia?


Wahai manusia berakal.

Aku makhluk Tuhan asal dari tanah.

Sama seperti kamu beza rupa serta paras.

Kerana sikap dan sifat kamu siniskan aku.


Siapa aku dan siapa kamu?

Kenal diri sebelum tuding jari.

Belajarlah dari alam tanpa kenal lapis dan peranan.

Kerana alam cukup sempurna untuk diteladani.

Ulasan

jiwa shin x halus.. jiwa shin x puitis.. jiwa shin tak romantis.. jiwa shin inesen... jiwa shin sensitip... shin suka perkataan yg terang.. luahkan perasaan... hope len kali bikin entri yg betul betul luahan perasaan.. shin nak menyelaminya.. cewahhh

anyway.. pandai dia berpuisi.. hmm mesti romantik orgnya ni.. huhu
Zack Azrin berkata…
jiwa xpuitis, xromantik xmgapa...
tp...msti ade prasaan...
so, baca dgn perasaan...hi3...
zack xberapa pndai sgt pon...
tulis ikut dan jew...
kalau a.samad said baca msti dier ketawa...
romantik ke zack? huhu

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih