Maksum

Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah sebagai khalifah di atas muka bumi. Sebaik2 kejadian Allah adalah manusia kerana manusia dijadikan dengan adanya akal untuk berfikir. Jangan dilupa, semulia2 akal ada musuhnya iaitu nafsu. Sebaik2 manusia ialah manusia yang mengawal nafsu dengan akal dan seburuk2 manusia adalah manusia yang akalnya dikawal nafsu. Manusia kadang kala dikuasai akal yang menyebabkannya bertindak dengan betul dan kadang kala dikuasai nafsu yang meyebabkannya bertindak di luar batasan. Itulah manusia yang semuanya bukanlah maksum yang terpelihara daripada melakukan kesilapan dan dosa.

Apa yang manusia dapat lakukan ialah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain dan berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Jangan salahkan seseorang itu hanya kerana kesalahan yang dilakukannya kerana mungkin ketika itu nafsu menguasai akalnya. Manusia juga memerlukan seseorang untuk mempengaruhinya bertindak dengan betul. Manusia perlu dibimbing. Sekiranya dia hanyut di bawa arus, selamatkanlah dia supaya dia tidak semakin jauh dibawa arus.

Apa yang Zack nak katakan di sini, kita semua pernah malakukan kesilapan dan dosa. Jangan menghukum seseorang itu hanya kerana kesilapan yang dia lakukan. Beri dia peluang untuk memperbaiki diri kerana Allah juga memberikannya peluang untuk bertaubat. Siapalah kita menghukum manusia. Bimbing dan bantulah ia supaya dia tidak terus hanyut di bawa arus.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih