Zaman Batu



Salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, Allah swt masih memberikan Zack udara untuk terus bernafas dan hidup di atas muka bumi-Nya yang dipenuhi dengan kenikmatan tidak terhingga walaupun Zack masih lalai dan melakukan dosa kemaksiatan kepada-Nya. Sesungguhnya manusia itu bukan maksum dan tidak terpelihara daripada melakukan dosa.

Zack merujuk kepada entry “Minta Maaf” yang Zack publish semalam. Ade respond dari orang yang sama. Sebenarnya dier nie ok…cume de orang yang cucuk dier dari belakang yang menyebabkan dier tak ok. Zack nak tegaskan kat sini bahawa mentality kita pada era serba maju ini biarlah lebih terbuka dan berfikirlah secara luar biasa. Kalau kita masih terikat dengan budaya pemikiran zaman batu, kita takkan maju.

Orang Malaysia memang macam tu. Dah menjadi budaya mengikut adat2 yang membolehkan perkembangan minda dan pembangunan terbantut. Kononnyer nak jaga budaya dan adat resam. Sebab tu kita tak boleh berdikari. Hanya bergantung pada orang lain. Takut nak buat perubahan. Nanti orang kata lupa diri. Lupa asal usul. So kolot la orang2 macam nie. Terlalu jumud.

Zack nak nasihatkan pada manusia2 yang agak terikat (mementingkan) dengan budaya dan adat resam, pilih2 la adat yang nak kita pertahankan. Fikirkan kerelevalannya pada zaman sekarang. Kalau tak relevan, jangan la pertahankan jugak. Nanti orang cakap kita kolot. Tak berkembang. So, sebelum orang cakap kita macam tu baik kita berubah.

Zack menerima semua pandangan dan idea yang diberikan kepada Zack. Zack juga sedia menerima teguran dan kritikan. Tapi biarlah dengan cara dan tempat yang betul untuk melontarkannya. Dan Zack menghormati semua orang. Yang muda dikasihi dan yang tua dihormati.

Zack menarik balik dua keping gambar yang Zack upload pada entry “Bukan Raya Lagi” disebabkan oleh beberapa sebab. Zack mohon maaf atas semua yang berlaku. Harap orang yang berkenaan berpuas hati. Terima kasih jugak kepada yang menjaga tepi kain orang yang duk cucuk2 dari belakang, jangan jumudkan minda orang lain.

APA YANG DIPAPARKAN DALAM ENTRY “BUKAN RAYA LAGI” MERUPAKAN PERJALANAN KEHIDUPAN DAK2 RBT. KEMESRAAN DAN TER-OVERACTING KAMI, ITU ADALAH KAMI.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih