Perang Poster

Salam Alaik...haaa...jangan disangka bahang Pilihanraya Kecil Batang Pinang dah reda kawan2. Bahang pilihanraya kat kampus Zack nie baru je nak bermula. Pilihanraya ape lak kat kampus nie? Ha....pilihanraya ape lagi kalau bukan PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS. Bahang nyer bari je bermula. Hari nie kelihatan di blok2 Kolej Kediaman Sena 1 dan Sena 2 poster2 calon untuk pilihanraya kali nie.

Untuk pengetahuan umum, pilihanraya kali ini seramai 60 lebih calon akan bertanding untuk mengisi 30 lebih kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Perlis. Dan yang paling menarik, satu kain rentang dan poster sokongan padu dan jitu tanpa berbelah bagi daripada penuntut senior kat kampus nie (PISMK KPM-OUM) telah dipaparkan di blok Kolej Kediam Sena 1.

Waaaa...macam dah dapat dijangka siapa yang akan memenangi pilihanraya kali ini. Namun begitu, para calon diingatkan jangan terlalu selesa dengan poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan padu terhadap mereka tanpa perlu mereka berkempen. Jangan dipandang enteng calon2 lain kerana mereka juga mempunyai kekuatan dan populariti tersendiri. Mereka yang mendapat sokongan padu daripada sekelompok penuntut merupakan calon yang popular dalam kalangan penuntut kampus ini.

Dan, Zack ucapkan kepada semua calon pilihanraya, selamat berkempen dan usah mencetuskan kontroversi atau kes2 lain serta jauhi amalan politik wang. (wakakakakka...cam pilihanraya Malaysia la plak) Berikut merupakan gambar2 yang menunjukkan suasana berkempen di blok Kolej Kediaman Sena 1 dan Sena 2.


Senarai Nama Calon Pilihanraya kali ini...


Ada juga calon yang berpengaruh... (provokasi semata...)



Poster calon P27 yang paling banyak kelihatan...




Setiap inci blok Kolej Kediaman dimanfaatkan oleh calon...


Tidak ketinggalan di hadapan pintu bilik masing2...

Poster sokongan padu penuntut2 senior terhadap calon2 popular...

Satu petanda yang baik kepada calon2 popular...mungkin...



Malam ini merupakan malam rapat umum yang akan menghendaki setiap calon memberikan ucapan dan manifesto masing2...Nantikan laporannya pada entry akan datang...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih