The Stupidity Malaysian 2

Salam alaik. Pagi nie sememangnya and sepatutnya tak ada kelas. I only have 4 period classes in the morning and no classes in the evening. 2 orang lecturer out station dan satu lagi kelas adalah Numerical Literacy. Subjek nie dah pun selesai sebab kitorang dah settle wat Ujian Akhir Kursus. So, what the reason we to continue that class? Dengan harapan kelas pagi nie tak de semuanya. Jadi, boleh la bangun lewat sikit. Dalam kedinginan pagi tu, Zack dikejutkan dengan bunyi mesej masuk dari hand phone Zack.

"Kelas Puan Afza kul 10 pagi"

Arghhhh...Kenapa la de kelas lak nie...Buhsan betol. Mase baca mesej tu jam pukul 8 pagi. Aduhhh...de lagi 2 jam. Nak sambung tido ke tak nie. Kalau sambung takut tak sedar lak. Kalau tak sambung, rugi...tengah best nie...sejuk and nyaman je pagi nie. Last2, open may lappy and online. Sempat la baca berita kat Utusan Online. Dan Zack pandang satu tajuk berita mengenai rakyat Malaysia yang sekarang nie tak de kerakyatan. Alah, entry Zack semalam tu. So, apa yang Zack baca Zack nak kongsikan kat sini.

Dato' Seri Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan semula kerakyatan Malaysia akan melalui proses yang lebih ketat. Ini kerana negara meragui dan sangsi akan kesetiaan mereka terhadap negara. Mereka yang memohon akan dilayan sama seperti warga asing yang lain yang memohon kerakyatan Malaysia.

Tambah beliau, pertukaran kerakyatan bukanlah perkara main2 dan ia merupakan satu perkara yang serius. Beliau juga melahirkan perasaan sedih kerana ramai warga asing yang memohon kerakyatan Malaysia tetapi warganegara Malaysia sanggup 'mengoyakkan' passport kerakyatan yang dimiliki mereka hanya kerana nak mendapatkan kerakyatan negara lain yang belum pasti. Dan apabila menyedari mereka telah ditipu, bukan mudah untuk mereka kembali ke Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa proses atau tindakan untuk menidak, menolak dan melepas kerakyatan sebagai rakyat Malaysia telah pun dilakukan. Begitulah serba sedikit petikan dan ringkasan daripada apa yang dikeluarkan oleh Utusan Online pagi ini.

Zack menyokong apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin bahawa kesetiaan mereka terhadap negara memang patut diragui dan disangsikan. Rasionalnya, sekiranya mereka menyintai dan taat setia kepada Malaysia, mereka tak akan memohon untuk melepaskan kerakyatan Malaysia. Tindakan dan keputusan mereka menggambarkan bahawa mereka tidak lagi mencintai Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka.

Pada Zack, mereka bukan sahaja tidak setia kepada negara malah mereka juga telah menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku tonggak negara yang menjaga keadilan dan kesaksamaan rakyat Malaysia. Zack bersyukur kerana mereka yang terlibat bukan daripada bangsa Zack sendiri. Dan Zack berharap bangsa Zack tidak berfikiran cetek seperti mereka.

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih