The Stupidity Malaysian


Salam alaik. Mesti korang tertanya2 kenapa tajuk entry kali nie begitu tragis sekali. Ini la realiti rakyat Malaysia di zaman globalisasi nie. Rakyat Malaysia sekarang semuanya berpendidikan tinggi tapi berfikiran cetek. Zack merujuk kepada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Oktober 2009 Berita Luar Negara muka surat 17 bahagian atas kanan muka tersebut yang bertajuk “Warga kita terpaksa cuci pinggan di UK”. Mungkin ramai yang tidak perasan sebab column-nya kecik dan memanjang ke bawah. Selalunya kalau berita column macam nie hanya picisan. Tapi, kali nie tidak.

Ape sebenarnya yang berlaku? The story begins like this. Satu klausa dalam undang2 kolonial Britain yang diwujudkan selepas Britain berhenti menjajah Tanah Melayu yang berbunyi “Mana-mana rakyat Tanah Melayu@Malaya beretnik Cina yang tinggal di negeri Pulau Pinang dan Melaka diberikan status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC)”. Klausa ini diwujudkan apabila Tanah Melayu@Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah kononnya bertujuan untuk memberi jalan keluar kepada etnik ini sekiranya mereka didiskriminasikan oleh kerajaan yang didominasi oleh masyarakat Melayu Islam.

Ini membuatkan seorang bekas rakyat Malaysia (sebab dah berjaya mendapatkan kelulusan bertukar kerakyatan) berasal daripada Pulau Pinang yang hanya dikenali Dee juga seorang arkitek terlatih kini hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran cina di tengah2 bandar London kerana dianggap sebagai pendatang haram oleh kerana tidak berjaya memperolehi kerakyatan Britain. Passport Malaysia-nya juga telah dipotong atas permohonan pertukaran kerakyatan yang dipohonnya.


Aktivis imigrasi memberitahu kepada AFP bahawa sekitar era 80-an dan 90-an, pemerintah Britain memang memberikan hak kerakyatan kepada ratusan rakyat Malaysia yang memohon selepas mereka menetap di Britain selama 5 tahun. Walau bagaimanapun, undang2 tersebut telah diperketatkan pada tahun 2002 yang menyaksikan penamatan polisi yang membenarkan rakyat Malaysia yang berstatus BOC untuk mendaftar sebagai rakyat Britain.

Perubahan tersebut telah mengelirukan pemohon dan ditambah dengan sikap tidak jujur peguam yang ingin mengaut keuntungan menyebabkan rakyat Malaysia terus menerus memohon. Sehingga tahun 2005, satu kenyataan telah dikeluarkan dan menyatakan bahawa pemohonan kerakyatan tidak dapat diteruskan selagi mereka (rakyat Malaysia) tidak dapat membuktikan bahawa mereka kehilangan kerakyatan Malaysia. Kesannya, ramai rakyat Malaysia pada ketika itu yang ghairah untuk menukar kerakyatan telah memohon untuk melepaskan kerakyatan Malaysia yang mana proses ini tidak dapat diundur lagi setelah berjaya memperolehnya.


Dan sehingga kini mereka yang memohon kerakyatan Britian masih tidak diperolehi mereka. Lebih menyedihkan, mereka juga kini bukan lagi rakyat Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Britain telah dimaklumkan mengenai hal ini. Jadi, warganegara manakah mereka sekarang? Lihatlah betapa bodohnya mereka. Berpendidikan tinggi tetapi berfikiran cetek. Pepatah Melayu memang rasional-yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Malaysia yang serba indah lagi aman damai, tidak menjadikan seseorang itu bersyukur. Mereka tamak dengan status dan darjat dunia. Malaysia apalah sangat kata mereka. Tidak terkenal dan bukanlah negara maju. Lainlah Britain. Terkenal sebagai negara maju dan berstatus tinggi serta dipandang hebat oleh masyarakat dunia. Sekiranya ada rakyat Malaysia walaupun sekelumit perasaan ini, amatlah malang dan rugi bagi Malaysia. Di mana cacatnya Malaysia?


Malaysia adalah tanah tumpah darah kita. Tempat lahirnya nenek moyang kita. Tempat kita membesar dan dengan hasil tanah Malaysia-lah kita membesar. Mengapa kita mahu meninggalkan Malaysia hanya kerana kedudukannya tidak seberapa di mata dunia? Tidakkah kita berbangga akan pencapaian Malaysia sekarang berbanding dulu? Kalau kita dah sedar Malaysia memerlukan pembangunan, mengapa kita tidak bersatu dan berusaha membangunkan Malaysia supaya setandingan negara lain dan dikenali penduduk dunia?


Oooo…bila Malaysia tidak setaraf negara lain, malu dengan pencapaian Malaysia, terus angkat kaki tukar kerakyatan. Begitu?!!! Negara mana pun kalau ada rakyatnya ber-mentality macam nie, negara tu takkan maju. Takkan keluar dari kepompong. Jadi tanggungjawab bersama rakyat membangunkan dan memajukan negara. Zack cukup kecewa dengan berita macam nie. Senang lenang tinggal di Malaysia nak tukar ke Britain dan akhirnya, merempat, dihalau, diusir macam anjing kurap di negara yang kononnya nak berikan kerakyatan. Begitu bodoh sekali rakyat Malaysia.

Zack harap, berita sebegini dapat membuka mata hati dan mentality kita sebagai rakyat Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Bersama2lah membangunkan Malaysia negara yang kita cintai ini. Jangan jadi bodoh macam mereka.

p/s: Sori entry kali nie panjang sikit…bukan pe, geram dengan orang yang berlagak pandai tapi hakikatnya bodoh. Dah la bodoh, sombong plak tu. (ade kena mengena ke dengan entry nie…hihihihi…) Walau apapun, berfikiran waraslah sebelum mengambil keputusan. Hal kerakyatan bukan perkara mainan. Tanya diri, negara manakah yang nak ambil kita sebagai rakyatnya? Hanya Malaysia menerima kita.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih