Weekend

Salam alaik kepada semua pembaca blog Zack. Amacam dengan cuti hujung miggu hari nie? Korang sume g mane? Zack? Macam bese la...Kalau orang bukan jenis jalan2 nie, tempat nyer dalam bilik je la. Kata dunia di hujung jari...hehehehe...Sedar2 je pagi tadi, hostel terasa sunyi sepi. Lengang. Tenang je. Tak ramai ade kat hostel. Mungkin ramai yang dah outing. Pas je mandi, Zack layan citer. Pas makan tido jap. Tak lama pun...sejam setengah. Sedar2 dah kul 330 petang. Pas cuci muka, terus kemas bilik even though bilik tak de la selerak sangat. Tapi dah tak de keje, kemas la sikit2.
Lebih kurang dalam kul 4 petang, Zack terima satu mesej dari member poli. Schoolmate a.k.a classmate Zack dulu. Dier study kat poli Perlis. Dier tanye Zack tengah wat pe. Zack pun jawab la tak wat pe. (walaupun tengah berpeluh2 kemas bilik) So, dier ajak Zack kuar jalan pusing2 Kangar. Zack pun dah lame tak outing dengan dier and nie la first time Zack dengan dier dapat kuar outing same2 walaupun dah dekat 2 tahun setengah kat sini.
Dulu dier duk hostel poli. So, susah nak kuar. Sekarang dier dah duk umah sewa. Panjang la kaki nyer. Senang la sikit nak kuar. Lagi pun dekat. Umah sewa dier kat Pauh. Tak la jauh mane dengan kampus Zack. De lagi sorang member Zack kat UiTM Arau. Tapi dier dah tukar no. phone. So, tak dapat la ajak dier sekali. Seperti dijanjikan dier sampai depan hostel Zack lebih kurang kul 5 petang dengan kete wira dier. Lepas je pondok pengawal dier tanye Zack, tempat mane yang best nak lepak2. Hek eleh mamat nie...macam ko tak tahu lak Kangar nie. Besar lagi Changkat Jering dari Kangar. Mane de tempat best kat Kangar nak lepak2.
Zack jawab lagi kalau nak lepak2 cuci mata kat Kola Perlis r. Dier tak nak g lak. Katanya jauh. Zack jawab, takkan nak lepak kat tangga The Store? Nanti orang cop mat tangga lak. hahahahahha... Dier ketawa. Kang ade gak yang makan kasut saiz 8 kata Zack. Dier terus senyap. Zack lak sambung ketawa. wakakakakakka... Tanpa hala tuju, kitorang amik keputusan nak g jalan2 kat The Store dulu. So, g la jalan2 cuci mata. Nothings great. Kitorang panjang kan lagi kaki g ke taman rekreasi titi gantung. 10 minit dari The Store tu. Tetibe lak hujan renyai2. So, sampai kat taman tu duk dalam kete je la.
Sambil2 memerhatikan sekeliling (macam polis la plak...) tetibe terlintas dalam fikiran Zack nak lepak kat kopitiam kat corner side sebaris dengan KFC Kangar. Lagi pun dah lama tak lepak kopitiam. Dier cakap on. Start enjin terus meluncur ke kopitiam tu. Nasib kitorang baik, tak ramai sangat orang. Selepas punggung dilabuhkan atas kerusi, kitorang pun order. One Apple Salad and one Honey Sea Coconut Ice. Terkebil2 mata Zack dengar dier order. Giler kentang speaking mamat nie. Padahal yang amik order tu orang Melayu je pon.
Zack pon order la. Tapi speak Malay la...orang Melayu kan. Zack order Siam Fried Rice and my favorite drink when I lepak2 kat kopitiam Enrich Chocolate Ice. (yummi2...) Pas je waiter tu pegi Zack pun perli dier. Wah, saudara belajar kat oversea kew? hahahahha...penuh kopitiam dengan suara kitorang. Zack kalau lepak dengan member2 lama memang gini. Perli2 kutuk2 dah jadi kemestian. Tapi tak de la sampai lebih2. Berpada2. Ketawa tu dah menjadi kemestian. Walaupun kuar berdua, keriuhan nyer tetap macam 5-6 orang. (hahahahahha...)
Dalam 15 minit, makanan pun sampai. Sedap gak Siam Fried Rice dier nie. (promote sket...) So, Zack ajak korang semua g kopitiam nie. Yup, sedap2...Harga? Berpatutan. Tengok la pe yang korang order. Order bagai2 pastu nak harga ciput, memang tak dapat r. Zack boleh katakan yang harganya standard kopitiam. Bukan standard warung erk. Sekali sekala makan tu boleh la. Nak bawak awek makan ke sesuai la. Sambil2 makan tu banyak la citer2 yang kitorang borakkan. Bukan bergosip, tapi bercerita pasal perkembangan masing2. Pasal member2 lama.
Selesai je makan, dier cakap nak g Borong Din and Kompleks D'Mara. So, kitorang pun g la. De la sikit barang dibeli nyer. Sampai hostel dalam kul 830 malam. Tu la aktiviti Zack hari nie. Korang lak macamana?!!!
Ulasan