Perjalanan 1989-2009

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Tahun 1989...
Tepat jam 11.40 malam 18 April 1989, Bilik Bersalin Hospital Daerah Parit Buntar dipenuhi raungan tangisan bayi lelaki sulung Abu Bakar bin Ahmad. Laungan azan diperdengarkan dan nama dia mula didaftarkan sebagai warganegara Malaysia yang baru lahir. Tangisannya sentiasa kedengaran tatkala mata dibuka dan hanya sepi bila terlena. Nenek berkata, nanti budak nie besar buas. Nakal. Mak hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Ditinggalkan Abah ketika berusia 3 bulan kerana menyambut seruan pertiwi melawan insurgensi di hutan Grik selama berbulan2. Mak dan dia tabah menanti dengan doa kemenangan. Alhamdulillah, Abah pulang dengan selamat.

Tahun 1994...
Ketika ini dia berusia 5 tahun. Dia ditinggalkan mak dan abah untuk diasuh oleh nenek tercinta selepas tok wan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sekurang2nya nenek berteman. Dia diberi pendidikan awal di Pusat Asuhan Islam (PASTI) Sungai Bogak, Bagan Serai selama setahun yang kemudiannya diambil kembali oleh mak dan abah kerana tidak dapat berjauhan dengan dia. Mak dan abah sentiasa termimpi2kan dia ketika tidur walaupun dia sudah mempunyai seorang adik yang berusia 3 tahun. Mungkin kerana dia anak sulung bagi keluarga tersebut.

Tahun 1995...
Dia ditadika di Tadika Kemas, Kemunting. Tinggal di rumah yang disewa abah kerana berdekatan dengan tempat kerjanya, Kem Artelari Kemunting. Dia baru terasa bahagia bersama ibu bapanya. Dia mempunyai 3 orang kawan yang juga penyewa rumah sekitar taman tersebut. Tidak lama kemudian, abah menamatkan perkhidmatan tenteranya kerana tidak sanggup untuk meninggalkan anak2 kecil kesayangannya untuk berjuang mendaulatkan tanah air tercinta. Mereka berpindah ke kampung halaman abah di Changkat Jering, Taiping. Mendirikan Rumah sendiri hasil wang saguhati perkhidmatan tentera abah.

Tahun 1996...
Dia diberi pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering. Tidak jauh dari rumah. Hanya 5 minit saja. Ketika itu, mak bekerja sebagai Operator Pengeluar kilang Sony di Perai, Pulau Pinang. Abah pula menyambung perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Pengawal Keselamatan KP11 di Pusat Serenti Batu Kurau yang sebelumnya di Serdang, Kedah. Dia mula terfikir mengenai hidupnya. Sedih dengan hidupnya yang difirkirkan sudah kurang kasih sayang kerana ditinggalkan mak dan abah untuk mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Namun dia tidak mengerti. Dia perlukan kasih sayang.

Tahun 2002...
Disebabkan keputusan UPSR nya tidak memuaskan dengan hanya memperolehi 2A 2B 1C. Dia didaftarkan masuk tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri yang jaraknya 15 minit dari rumah. Dihadiahi sebuah basikal mini yang juga milik mak dahulunya untuk berulang alik ke sekolah. Dia cekal mengayuh dalam kedinginan pagi dan keperitan bahang matahari yang kadang kala kuyup basan kehujanan. Dia tidak sekali2 merungut untuk dihantarkan ke sekolah walaupun terdetik di hati perasaan cemburu rakan2 lain tiap2 hari dihantar dan dijemput mak dan abah tercinta. Dia semakin matang mengenai kehidupan berdikari.

Tahun 2004...
Dia akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Gementar di hati tak siapa tahu. Borang permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional sudah dibeli. Sudah diisi tetapi belum dipos. Otak ligat berfikir keputusan yang muktamad. Hati berat meninggalkan mak dan abah tersayang. Walaupun dirinya seakan2 tidak diberi perhatian dan kekurangan kasih sayang dari mereka. Dia bijak menilai. Dia faham akan peranan dan tanggungjawab mak dan abah untuk memberi kami adik-beradik keselesaan untuk hidup dan belajar. Hasrat untuk ke Sekolah teknik dan Vokasional dibatalkan. Borang disimpan rapi untuk dijadikan kenangan hari depan. Kini dia bertekad untuk terus menggapai kejayaan di sekolah lama dengan menjadikan aliran Sains Kejuruteraan sebagai fokus utama. Minatnya terhadap Lukisan Kejuruteraan tidak dapat dipadam di samping status budak aliran Sains yang dipandang tinggi.

Tahun 2005...
Berkat usaha dan doa, dia berjaya meneruskan persekolahan ke tingkatan 4 aliran Sains Kejuruteraan. Dia bersyukur dan berazam untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran supaya dia dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di universiti. Namun, azam hanya tinggal azam. Subjek yang paling dia lemah adalah Matematik tambahan dan Sejarah. Dia bukan bodoh, tapi malas. Itu kata2 cikgu pada mak semasa mengambil Kad Laporan Pertengahan Tahun. Mak dan abah bagi nasihat. Dengar sekejap, ikut beberapa hari, lepas tu lesap semuanya. Kembali kepada asal. Dia berjaya menemui sahabat karib. Bukan satu tapi tiga. Yang paling rapat dan memahami dia hanya seorang. Kebetulan, kesemuanya adalah anak sulung. Tetapi, berlainan latar belakang. Seorang anak cikgu dan dua orang lagi anak bekas tentera (pencen).

Tahun 2006...
Tahun paling getir bagi dia dan rakan2nya. Tahun SPM dan tahun akhir bagi dia di arena persekolahan. Dia masih lemah dalam Matematik Tambahan dan Sejarah. Dia hanya berserah pada Tuhan. Memasukki dewan peperiksaan dengan kaki kanan dan lafaz Basmallah dengan harapan diberikan ketenangan dan kesenangan menduduki peperiksaan tersebut. Hari demi hari dilalui sehinggalah kertas terakhir peperiksaan. Kini, dia merdeka dari status pelajar sekolah dan mula memasukki alam remaja. Mak dan abah memberi kebebasan pada dia namun tetap diperhatikan gerak geri oleh mak dan abah. Dia tidak seperti yang disangka dan dirisaukan mak dan abah. Dia pandai menjaga diri sendiri. Dia bukanlah jenis sosial tetapi berjinak2 untuk bersosial seperti remaja lain.

Tahun 2007...
Keputusan peperiksaan SPMnya sudah diumumkan. Keputusannya agak mengecewakan. Dia hanya dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik dan beberapa IPT lain. Dia juga berminat dan cenderung kepada bidang penerbangan. Dia memohon ke salah sebuah kolej penerbangan. Dia berjaya. Namun, mak dan abah menolak. Dia akur. Dia hanya dapat melihat sahabat rapatnya melangkah ke dunia penerbangan. Hanya dia terkandas untuk meneruskan impiannya dalam dunia penerbangan bersama2 sahabat rapatnya. Mak telah dipengaruhi Mak Nyang untuk dimasukkan ke Institut Perguruan. Katanya, masa depan cerah. Disebabkan harapan itulah, dia dikuarantin di rumah. Mengabaikan segala tawaran melanjutkan pelajaran.

Senarai peserta Program Latihan Khidmat Negara telah dipaparkan dalam akhbar. Serentak dengan itu surat melapor diri ke Kem Chenderiang Tapah juga tiba di rumah dengan selamatnya. Dia diiringi mak, abah, adik, Pak su, Maksu, dan dua orang sahabat baiknya, Ali dan Rizal. Dia memeluk mak dan abah serentak dengan itu mak melinangkan air matanya. Dia juga menangis kecil. Mak berpesan, jaga diri baik2. Buat apa yang patut bila kat kem nanti. Jangan lupa sembahyang. Itu pesan mak yang tak pernah dia lupa. Dia memeluk sahabatnya yang sudi datang untuk memberikan sokongan.

Jam 5 petang dia telah menjejakkan kakinya di Kem PLKN Chenderiang Tapah. Bermulalah kehidupannya sebagai seorang peserta PLKN. Bangun seawal jam 4 pagi untuk mengurangkkan kesesakan di bilik mandi kerana dia kurang selesa berebut2. Solat Subuh, Baris Pagi, Sarapan, Physical Training, Kelas, dan seterusnya Baris Malam sebagai penutup. Begitulah rutin harian daia semasa di kem tersebut. Di kem tersebutlah dia mula mengenali manusia luar yang pelbagai sikap dan perangainya. Perit bagi dia kerana dia sangat tidak berminat dengan PLKN. Undang2 mengongkong masa remaja lepasan SPMnya. Tapi tak lama, selepas dua bulan, dia menerima tawaran temu duga perguruan dan tawaran kemasukkan ke tingkatan 6. Peluang tidak dilepaskan dengan menggunakan alasan itu untuk menamatkan latihan PLKN lebih awal dari tarik sebenar. Dia berjaya. Dia berasa sangat bebas dan lebih menghargai kebebasannya.

Hari semakin suntuk. Semua rakan2 dia telah mendaftar sebagai pelajar IPT masing2. Dia masih di rumah menunggu keputusan kemasukkan ke Institut Perguruan. Dia tertekan. Dia memberontak. Cakap mak dan abah dia lawan. Sedikit kurang ajar. Bukan minat dia untuk menjadi guru. Tapi, demi keberkatan dan pengorbanan yang mak dan abah dah lakukan, dia turuti. Kejayaannya bertitik tolak dari keredhaan mak dan abah. Hari yang ditunggu tiba. Sampul yang tertera Urusan Seri Paduka Baginda dibuka dan

"TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JULAI 2007 KOD KURSUS S012R0E0MP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI/BAHASA INGGERIS/BAHASA MELAYU DI INSTITUT PERGURUAN PERLIS."

Mak dan abah tersenyum girang. Akhirnya anak mereka berjaya juga menjadi seorang guru. Dia senyum tawar. Jauh di lubuk hatinya ketidakselesaan dengan tawaran tersebut. Ianya bertentangan dengan cita2 asalnya mahu menjadi seorang jurutera. Namun, dia pasrah. Persiapan giat dilakukan. Dia sedikit gementar. Maklumlah, inilah kali kedua dia berjauhan dari mak dan abah selepas menjalani Latihan Khidmat Negara. Dia masih baru dengan dunia luar. Tapi, abah berpesan, dia adalah lelaki dan lambat laun dia terpaksa membawa diri jauh dari keluarga untuk bekerja.

16 Julai 2007...
Mendaflarlah dia sebagai seorang guru pelatih Institut Perguruan Perlis. Dari saat itu, bermulalah kehidupan dia sebagai seorang penuntut IPT. Dia dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Namun, memerlukan masa untuk berasa selesa dengan keadaan baru. Pengajian saling tak tumpah seperti sekolah. Cuma, dia tidak beruniform. Kemas bertali leher itulah peraturannya. Dia semakin selesa ditambah pula dengan pemberian elaun sara diri oleh KPM. Tidak disangka sesuatu yang tidak diminatinya dulu kini memberi keselesaan dan keseronokkan kepada dirinya. Dia kini percaya bahawa keredhaan ibu bapa akan memberikan keselesaan dan kejayaan.

15 November 2009...
Dia sekarang di tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kurang 4 hari lagi dia akan menematkan semester tahun nie. Tahun 2010 adalah tahun kedua bagi dia. Dia kini senang dan selesa dengan kehidupannya sekarang. Dia seronok. Sungguh tidak disangka, bidang yang dulu tidak dia minat kini semakin mencuri hatinya. Semakin banyak pengalaman yang diperolehi. Boleh dikatakan dia berbangga dengan pencapaiannya sekarang. Namun usaha harus dipertingkatkan lagi untuk menjadi yang terbai dalam kalangan yang terbaik.

Siapakah DIA? DIA adalah Muhammad Azrin bin Abu Bakar. Moderator dan penulis blog Dunia Aku Hidup Aku. Apa yang diceritakan sebentar tadi adalah perjalanan hidup Zack yang Zack rasakan amat berbekas dan bermakna dalam hidup Zack. Kalau nak diceritak secara terperinci memang panjang lagi entry nie. Cukuplah sekadar ringkasan dan sekilas pandang. Harap korang dapat serba sedikit mengenali siapa Zack Azrin. Nak kenal lebih lanjut, risik2 la sendiri.

p/s: Gambar bukan dari koleksi peribadi Zack. Gambar diperolehi dari capaian internet. Harap maklum.

Ulasan

Zack Azrin berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr. tercabut berkata…
sedap nurkilan.. memula baca... cam tah per la... lelama baca.. kelakar pun ada.. hehe
Zack Azrin berkata…
ha3...pgakuan tulus dan ikhlas...suke3...kelakar kew? part mne yg kelakar nyer? eh, de ke zack msukkan part kelakar! (thinking)
contenganjalanan berkata…
salam...
nama kita sama la...
heheh...
Zack Azrin berkata…
ai-hikari: same ke?hu2...

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih