Berlabuhnya Sebuah Pelayaran
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Alhamdulillah, dengan hanya berbaki waktu sekitar 12 jam lagi Zack akan meninggalkan kampus. Suasananya jauh berbeza berbanding semester2 lepas. Zack dah cukup bersedia nak bercuti. Sebulan yang lepas Zack dah bersedia. First time in my campus life, I feel like that. Banyak perkara Zack nak ceritakan. Namun waktu yang membataskan hajat Zack untuk berbuat demikian. Insya-Allah, dalam entry kali nie Zack akan ceritakan. Tengok kemampuan dan kerajinan Zack la. (hehehhehe)
Zack yakin walaupun blog nie agak bersawang setelah sekian lama Zack tak update, masih ada orang menyinggah kat blog Zack nie. Meninjau-ninjau, mencari-cari, tertanya-tanya, apa agaknya yang Zack akan update. Zack nak rumuskanlah semua perkara yang berlaku dalam semester nie dengan ringkas dan padat.
Gunakan otak untuk memikirkan kekuasaan Allah. Gunakan akal untuk menjadikan diri dihormati. Gunakan mata untuk melihat kebaikan. Gunakan telinga untuk mendengar ilmu. Gunakan mulut untuk berbicara apa yang perlu. Gunakan tangan untuk menulis kebaikan. Gunakan perut untuk makanan yang halal lagi suci. Gunakan kaki untuk menuju jalan keredhaan Ilahi.
Identiti dan personaliti penting dalam kehidupan. Selama ini kita berperwatakan sederhana dan mudah berbicara, baik berborak, bertegur sapa dan bergurau. Namun, andai semua itu tidak menyenangkan orang ramai, kenapa tidak kita bertukar penampilan dan perwatakan. Daripada aktif kepada pasif. Berbicara apa bila perlu. Insya-Allah terhindar dari berbicara perkara2 yang lagho. Bergurau berpada2 dengan orang yang boleh dan diyakini boleh menerima gurauan. Ini bagi mengelakkan tergurisnya hati2 yang mulus.
Mungkin dulu mulut Zack ringan mulut bergurau dan berborak, sekarang Zack nak ubah Zack nak jadi pasif. Siapa yang nak berborak dan nak bergurau, sila buat langkah mula. Kalau Zack boleh menerima Zack akan "rabung" berborak. Kalau tak, pasif lebih baik. Tak akan ada siapa2 yang "tersentuh". Ada siapa yang boleh memahami? (tanda soal)
Zack juga nak mengprogramkan otak untuk menerima input2 yang berguna sahaja. Alhamdulillah, otak hampir berjaya diprogramkan. Malaysia negara demokrasi. Sesiapa sahaja berhak untuk berkata2 selagi terdaya. Kalau dah penat, tahu la dia senyap. Zack sedia menerima dan memberi. Buat apa nak fikirkan perkara2 yang teruk sedangkan kita tahu dan yakin dengan tindakan kita. Jangan kasihani diri Zack, sebab Zack tak perlukannya. Zack bukan OKU nak dikasihani. Let its gone by time. (betol la kot English aku...hahahaha...) Zack tak pernah keksah apa yang terjadi. Zack terus hidup dengan cara Zack.
Insya-Allah, masa akan menentukan. PASIF. PASIF. PASIF. Siapa yang memahami? (tanda soal...)
Ulasan