Ini Hidup
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Tak tahu nak mulakan dari mana. Entry kali nie pun ditaip mengikut gerak tari jari jemari. Tak ada arah tujuan. Namun ada mesej yang hendak disampaikan dan dikongsi bersama. Entahlah. Kehidupan tak selalu cerah. Itu adalah rencah dalam kehidupan manusia. Tak ada halangan atau ujian kita tak akan sedar bahawa begitu banyaknya nikmat yang kita perolehi.
Tak siapa pun mahu hidupnya dibelenggu kesedihan.
Tak siapa pun mahu semua impiannya hanya tinggal impian.
Tak siapa pun mahu hidupnya tak bahagia.
Tapi, kesedihan, kekecewaan, disisihkan, dan ditinggalkan sering bertandang walaupun kita telah berusaha sebaik mungkin.
Allah itu tidak berlaku zalim pada hambaNya.
Jika hari ini kita diherdik, mungkin esok kita dipuja.
Jika hari ini kita ditinggalkan, mungkin esok kita dilamar.
Jika hari ini kita dikecewakan, mungkin esok kita digembirakan.
Jika hari ini kita tak bahagia, mungkin esok ada kebahagiaan untuk kita.
Apa yang harus kita sedar ialah jika hari ini yang kita hajati tidak diperolehi, ianya mungkin akan dimakbulkan suatu hari nanti.
Mungkin hari ini hajat kita itu tidak sesuai untuk kita, tapi akan datang mungkin bagus untuk kita.
Pendek kata, bersabarlah dalam berusaha mendapatkan apa yang kita hajati.
Allah akan memberi balasan setimpal dengan apa yang kita usahakan.
Ulasan