Datang dan Pergi

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Manusia tidak akan merasa sesuatu itu begitu berharga sekiranya benda itu tidak pergi buat selama-lamanya. Baik yang bernyawa mahu pun tidak.  Baik manusia mahupun harta benda. Aku baru sahaja balik dari satu majlis yang dianjurkan oleh kampus. Majlis yang saban tahun dan acap kali kita diundang. Baik di sekolah mahupun di universiti. Malah, di tempat kerja sering kali berlaku.

Silih ganti sudah menjadi resam dan fitrah dalam kehidupan. Kanak-kanak akan menjadi dewasa. Muda akan menjadi tua. Hidup pasti menemui mati. Permulaan pasti ada pengakhiran. Masa menjadi perantaraan keduanya. Majlis Persaraan Pengarah IPG Kampus Perlis baru sahaja selesai. Pelbagai suasana dan ekspresi perasaan dapat dilihat. Aku bukan nak bermain dengan perasaan. Tapi, kesedaran kita dalam mengekspresikan perasaan dalam sesuatu suasana.

Seronok, sedih, sebak, tak kisah...antara ekspresi yang dapat aku rakamkan semasa berada dalam dewan tadi. Mungkin yang diraikan tidak disukai dan bukanlah seseorang yang digemari; tetapi pandanglah beliau pada majlis itu sebagai seorang yang berjasa kepada negara, agama dan bangsa. Jangan dilihat dalam tempoh masa 3 tahun setengah beliau di IPG Kampus Perlis. Tapi, lihatlah beliau dalam tempoh masa 34 tahun yang lalu sebagai seorang pendidik di sekolah.

Mampukah kita mengharungi cabaran selama tempoh itu sepertimana beliau? Kagumilah beliau waima prinsip dan cara kerja beliau begitu merumitkan kita penuntut kampus. Itu dari sudut pandangan kita sebagai penuntut! Beliau lebih mengetahui apa yang beliau lakukan. Di sebalik setiap polisi dan tindakan mesti ada rasional yang tersendiri. Ayuh rakan-rakan ku, hari ini beliau. Esok lusa kita pula akan diraikan.

Hari ini beliau sebagai ketua, esok lusa kita pula menjadi ketua. Hari ini beliau berkuasa, esok lusa kita pula akan berkuasa. Tanggungjawab dan prinsip kerja kita akan amalkan. Masa itu baru kita sedar bagaimana situasi sebenar sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berkuasa. Ringkas kata, hari ini hari beliau, entah esok hari kita berkuasa. Kondusinya sama.

Kepada Tuan Haji Md. Rusli bin A. Rashid, sekalung penghargaan dan tahniah di atas jasa dan pengorbanan yang telah anda curahkan kepada negara, agama dan bangsa dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang mulia ini. Bukan hanya kepada kami warga kampus, tetapi kepada seluruh anak didikmu dan kakitanganmu sepanjang 34 tahun anda bergelar pendidik. Tahniah dan syabas kami ucapkan. 


Persaraanmu kami iringi doa semoga kau berbahagia dan sihat bersama keluarga tercinta.
Selamat Bersara...Terima Kasih Cikgu...

- KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
huhuhuhu....sdihnye...
apepun...truskan usha dn slmat maju jya buat pengarah dan sume....huhuhu

ikhls dri amz.....
Zack Azrin berkata…
ko sedey buat2...
ko mmg suke dier bsarakan...
ko tgu la pgrh bru nt...
lg trok kot...wakakakka

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih