Fucking Tired

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

 
Terasa berkurun tak update blog nie. Padahal baru 2 hari lepas aku update. Dah banyak blog yang aku tak sempat nak tengok entry diorang. Pasal tajuk entry aku kali nie...abaikan seketika kesantunan berbahasa. Apa yang nak aku katakan, its more than words. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata betapa sibuk dan kalutnya aku minggu nie. Kekemasan bilik usah ditanya. Baju yang masih belum dibasuh; tinggi menggunung. Saban hari menghitung bila tibanya Sabtu dan Ahad.

Guys, I'm really2 busy this week. Jadual yang padat bermula dari 8 pagi sampai la bertemu Asar. Yeah, aku akui bahawa semester ini amat mencabar yang mendesak aku bergerak seperti lipas kudung. Adakala masa rest antara kelas pagi dan petang hanya sejam. Makan, mandi dan online facebook kejap. (hahahaha...) Aku tak sangka aku akan sesibuk ini. Dan, aku harus bersedia untuk 4 bulan akan datang kerana sepanjang tempoh tersebut pelbagai lagi tugasan dan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan dan selesaikan.


Actually, banyak bende aku nak kongsikan. Tapi, malas pulak aku nak taip panjang2. Penat. (hahahahha...) Apa pun, aku akan lakarkan apa yang berlaku sepanjang minggu nie pada entry akan datang. Doa2kan aku ada masa nak luangkan kat sini. Sabtu dan Ahad masih ada. Begitu juga dengan timbunan tugasan yang perlu diselesaikan. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi pengurusan masa. Trying to be the best.

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih