Kenyataan Yang Sebenar

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Member2 aku selalu cakap; “Ko tak pela…study kat Institut Perguruan. Dapat elaun. Study senang. Exam pun senang. Pointer direct 3.6 ke atas. Keje sah2 dah ade.” Panas telinga aku dengar. Aku tak mampu berdiam diri lagi. Lantas aku menjawab; “Kepala hanguk korang. Aku dapat elaun pun kene kuar ratus2 bagai wat fail MQA. Korang ade? Jadual aku rapat macam gigi singa korang cakap senang?Aku kene BIG, unit beruniform, GERKO...korang ade ke? Korang kalau hujung minggu dapat lepak2 hisap rokok berkotak2 bagai nak mampus dah esok, aku lak kene siapkan assignment dengan amali...itu senang?"

Diam tak terkata. (hahaha...hamik ko nak sembang pasal sibuk dengan aku....) Pandai plak nak ubah2 topik kalau dah tak ade point nak smash aku. Adehhh...korang nie sebelum cakap selidik dulu. Kalau pun nampak senang, goyang kaki...tak semestinya everything become easy. Semester nie saja kelas aku dari Isnin sampai Khamis start kul 8 pagi sampai kul 5 petang. Boleh dikatakan tiap2 hari aku rushing. Makan, mandi, solat, kelas balik. Kalau rushing, sempat la rest 30 minit lebih. Kalau duk longlai2, lenggang mak limah, alamatnya sempat solat jela.

Minggu nie lak, aku terlibat dengan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang kat Stadium Utama Perlis. Satu lagi keje yang main tangkap muat je. Kerah kitorang macam pekerja kerahan plak. Klimaks nyer hari Ahad malam. Aduhhh...keje ape aku tak siapkan lagi. Balik dah penat. Buku pun tak sentuh. Nie pun sempat online kejap sambil2 kemas bilik and basuh baju. Family aku dah lama tak call. Ape la khabar diorang kat kampung. Nak siapkan entry nie saja amik masa dua hari. Siapkan sikit2. Hahahahahha....

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih