Monolog
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
"Sebelum aku berkata, telah aku fikirkan baik buruk keputusan yang aku buat. Bukan mementingkan diri tetapi memikirkan diri. Segala aspek telah direnungi. Khidmat nasihat dari ibunda tercinta juga telah ditagih. Kini masa untuk aku membuat keputusan. Memang sukar. Tapi bila memikirkan diri ini, aku tekad dan nekad. Kadang-kadang kita perlu keluar dari kepompong. Melihat dunia lain yang berada di sekeliling kita. Walau apapun keputusan aku, ia tidak mengubah apa-apa dasar yang telah dipersetujui. Aku masih seperti dahulu. Yang berubah hanya persekitaran dan suasana yang baharu. Mengertilah. Bukan kerana aku tetapi kerana diri mu 'begitu berharga'."
- P E N A M A Y A -
Ulasan