Pantai dan Ombak
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Hari minggu aku di kampus tak banyak pengisian. Seperti selalu, sepas makan tido, bangun tido makan. Semuanya proses2 nak mengembangkan perut. Kalau ade homework, buat la jugak sikit. Malas tol. Keje yang rajin meng-online-kan diri je. Ngadap la facebook 24 jam sampai kembang bijik mata.
Baiklah, tajuk hari nie bukan aku nak bercerita pasal berkelan ke...pasal tsunami ke...tapi pasal ombak dan pantai; pantai dan ombak. Pantai boleh diibaratkan sebagai kehidupan. Boleh diibaratkan sebagai kepercayaan. Boleh diibaratkan sebagai kasih sayang. Boleh diibaratkan suatu perhubungan. So, kehidupan itu sendiri telah merangkumi semua tu.

Namun, komplikasi terhadap desiran ombak di pantai ialah terhakisnya pantai sedikit demi sedikit. Kalau tidak dibendung atau diletakkan benteng memecahkan ombak, pasti lama kelamaan pantai akan lenyap dari peta muka bumi. Sekiranya perkaitan semulajadi alam ini diadaptasikan dalam kehidupan, ia bolehlah diumpamakan sekiranya kita tidak mengatasi masalah atau dugaan yang hadir dalam kehidupan kita; satu hari nanti pasti ia akan menenggelamkan keindahan dan keharmonian sebuah kehidupan.
Kehidupan takkan lari dari dugaan dan cabaran; dan ujian takkan lari dari kehidupan. Kalau kita gagal dalam mengawal, menghadapi dan melaluinya pasti ia akan merosakkan kehidupan kita. Oleh itu, kita kena sedar apa sebenarnya matlamat hidup kita. Kalau kita tak tahu apa sebenarnya matlamat hidup, kita tak ubah seperti lembu yang hanya tahu meragut rumput sahaja tanpa mengetahui kenapa dia meragut rumput.
Rasionalnya, apabila kita mengetahui hala tuju kehidupan, segala ujian dan cabaran akan dapat kita tempuhi dan ditangani dengan baik supaya ia tidak mengganggu pencapaian matlamat kehidupan. Fokus akan membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Kita perlu mempunyai kemahiran menapis perkara2 yang perlu dan tidak perlu diterima dalam membantu kita mencapai matlamat kehidupan.
Oleh itu, carilah matlamat hidup sebenar anda. Fokuskan diri anda pada matlamat tersebut. Abaikan perkara2 yang membantutkan anda mencapai matlamat itu. Tapiskan segala perkara yang anda terima, dengar, lihat, dan fikirkan. Pilih yang positif dan hapuskan yang negatif. Berjalan terus ke hadapan bukan ke belakang. Sama-samalah kita meningkatkan keyakinan dan kejayaan yang diimpikan.
"Manusia lebih cenderung mengkritik dari menyokong"
Ulasan