Pindah atau Dipindahkan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

"Tanya sama pokok...apa sebab goyang...nanti jawab pokok...angin yang goncang..."


Hahahaha...teringat lak lagu mase zaman kanak2 dulu. Selalu nyanyi tapi tak pernah sampai habis. Sebab tak tahu lirik. Hehehehe....Oklah, sebenarnya ada cerita disebalik lagu tu. Baru2 nie bila sampai kat kampus, terdengar la ura2 yang mengatakan bahawa penuntut2 senior dikehendaki tinggal di luar kolej kediaman. Alasannya kolej kediaman dah tak dapat nak menampung bilangan penuntut kampus pada masa akan datang.

Dan pagi tadi semasa perhimpunan mingguan, Ketua Unit Kolej Kediaman Kampus dah mengumumkan bahawa:

Permohonan untuk tinggal di luar kampus di buka sekali lagi. Permohonan nie terbuka kepada semua penuntut senior semester 6 (Tahun 3) serta semester 4 (Tahun 2). Mereka yang memohon akan mengosongkan kolej kediaman selewat2nya bulan Ogos 2010.

Itu pengumuman pertama. Aku dah rase lega dengar yang pertama tadi. Aku memang malas nak tinggal kat luar. Bukan ape, banyak perkara yang perlu aku fikirkan kalau tinggal kat luar kampus nie. Aku duk kat dalam nie pun elaun yang aku dapat cukup2 je. Nie pulak nak tinggal kat luar. Tak dapat aku nak bayangkan. Teruskan ke pengumuman kedua pulak.

Semua penuntut semester 7 (Tahun 4) dan semester 5 (Tahun 3) tahun 2011 akan tinggal di luar kampus. Keputusan ini dibuat adalah disebabkan Kolej Kediaman Kampus tidak lagi dapat menampung bilangan penuntut yang semakin bertambah.

Hoho....berdesing telinga aku dengar. Nasib baik tak berdarah je. Huh....aku tak putus harapan. Aku suruh member aku pegi jumpa Ketua Unit Kolej Kediaman bertanyakan rayuan untuk tinggal di kolej kediaman. Jawapannya begitu mengharukan hati aku. "Lambat laun awak kene tinggal kat luar jugak..." Mati akal. Cuma aku nampak satu je jalan. Pindah sebelum aku dipindahkan a.k.a dihalau. So, aku kene la terima kenyataan bahawa kolej kediaman tak nak terima aku lagi. Berambuslah aku suatu hari nanti. Jadi, usaha2 ke arah perpindahan sedang giat dilakukan. Hasilnya, kene tunggu dan lihat.

- P E N A M A Y A -
"Manusia lebih cenderung mengkritik dari membantu"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih