Pro dan Cont

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Kebiasaan bagi penuntut kampus aku setiap petang keluar melakukan senaman ringan mahupun beriadah di sekitar kampus. Padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, gimnasium, tasik Hanafi, serta cafeteria  akan dipenuhi oleh penuntut. Sudah kebiasaan aku menghabiskan masa petang hanya di dalam bilik kecil ini. Melayari internet, membaca majalah, mengelamun, ataupun tidur. Terlalu malas hendak mengatur langkah keluar dari bilik ke tempat yang mempunyai udara segar. Jarang jugak aku keluar bilik waktu petang. Selalunya ikut mood.

Sedang aku mengelamun atas katil, terfikir aku akan satu masalah yang dihadapi oleh remaja masa kini. Bukan mencari salah sesiapa, tetapi memunasabah diri sendiri. Timbul banyak persoalan kenapa ini boleh dilakukan tetapi itu tidak boleh dilakukan. Boleh korang jawab persoalan2 nie.

1. Korang boleh berborak berjam2 dengan kekasih korang melalui telefon, tapi korang tak boleh telefon ayah dan ibu di kampung waima sekali seminggu.

2. Korang rasa bagai nak mati bila dapat berita kekasih korang jatuh sakit, tapi korang tak rasa bagai nak kiamat kalau ayah atau ibu di kampung jatuh sakit.

3. Korang sanggup berhabisan duit nak beli hadiah sebagai hadiah ulangtahun kelahiran/anniversary percintaan korang, tapi jangankan RM100, RM10 pun belum tentu dihabiskan untuk belikan ayah atau ibu hadiah ulangtahun kelahiran/perkahwinan mereka.

4. Korang sanggup menghabiskan ratusan ringgit di pusat beli belah, tapi teramat la besar nilai RM50 untuk korang sumbatkan dalam tabung masjid.

5. Korang sanggup bergolok gadai demi memenuhi hasrat kekasih hati, tapi korang tak sanggup berbakti menjaga ayah atau ibu yang sakit di kampung.

Entahlah. Bukan semua remaja masa kini yang berkelakuan sebegini. Tapi, kebanyakkannya melupakan orang yang sangat berharga dan tak ternilai di dunia dan akhirat iaitu ayah dan ibu. Walau siapa pun korang, walau sayang macamana sekali pun korang kepada kekasih hati, janganlah melebihi sayang korang kepada Pencipta dan ayah serta ibu korang yang sangat berjasa kepada korang sejak dari alam rahim sehinggalah korang dewasa. Tepuk dada tanyalah iman.

- P E N A M A Y A -
"Manusia lebih suka mengkritik dari membantu"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih