(ter)Kantoi

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.


Hek3...ape sudah jadi?!! Aku pun tak tau. Apa pasat aku tak tengok jam sebelum aku sent message?!! Kalau dah nak jadi...jadi jugak...Aduhaiiii...nasib badan...hahahaa...

Alkisah nyer begini. Pagi tadi aku terjaga dari tidur pukul 10 pagi. Waaa...lewat nyer...hek3... Bese la orang bujang. So, jaga2 je pagi tadi aku capai handphone 'Iphone' aku. Dengan mata yang berselepat taik mata agak2 blur sikit penglihatan aku, 1 message received.  Aku pun open la message tu.


"Camat pg...(^_^)"

Huhu...aku dengan hati girang gemilang nyer me-reply.

"Selamat pagiiii....=)"

Aku letak "Iphone" aku atas meja study. Still golek2 atas katil mencari mood nak bangun mandi. Tak lama kemudian, tet...tet...tet...tet... Mesej masuk. Aku capai 'Iphone', open message.

"Amboi3...awai nya bangun tido...subuh kul brp td?"

Mak aiiii...terkantoi di situ. Aku tengok balik mesej mula2 tadi. Received at 6.00 a.m. Huhu...Apo nak di kato. Terbongkar rahsia. Sebelum nie aku tak pernah lambat reply mesej dia. Every morning itulah wish dier. Hari nie, boleh pulak aku tak terjaga. So, dengan gentle nyer aku mengentel jawapan.

"Alaaaaa...sori2...xsdar la...smlm tdo kul 2 pg...wat kje sket...nie bru je sdar...blum bfast pn g..."

Huh, jawapan yang digentel tadi harap diterima. Lantas aku bingkas bangun mencapai tuala terus berlalu ke bilik mandi. Sekembali nyer aku dari bilik mandi, aku tengok 'Iphone' aku kot2 dier balas mesej aku tadi. 1 message received.

"ooooo...sbb tdo lmbat sggup tgal subuh.ok.no msj 2 ari.muktamad."

Haiyoooo...dier bagi peneguhan negatif kat aku. Reply.

"knp 2ari?xyah la msj 3-4 ari ke...bru best...:P"

Aku cuba membarakan lagi suasana. Memang tabiat aku suka provok dier. Kot2 dier tak jadi bagi hukuman pada aku. Tet...tet...tet...tet...Mesej masuk. Open.

"2ari sbb subuh 2rakaat...klu nk 3,4ari, tnggal la mgrib ke...zohor ke...asar ke...isya' ke...bru bleh 3,4ari...ok?hukuman djatuhkan mulai skrg!!!"

Tu diaaaaa...hamik ko! Puas hati. Jangan main2 woooo. Aku pun akur. Reply.

"okeh...2ari je eh...jgn lebih2...ahd smpai isnin je...mlm isnin hukuman gugur...hek3...tke cre...salam..."

Terputus sudah perhubungan untuk 2 hari nie. Tak de dah orang nak aku berborak. Tapi...fikiran aku kritis. hek3...dier cakap mesej je. Call dier tak cakap. hahahaha...Bijak tak aku?!!!

- P E N A M A Y A -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih