Aku Juga Mungkin
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Pengambilan penuntut2 baharu untuk sesi pengajian kali ini berbeza sekali. Kalau zaman aku dulu (era 2007...hehehehe) hanya ada pengambilan kedua sahaja. Tapi, tahun nie 2010 buat setakat minggu ini sudah mencecah ke third intake. Wow...desperate nyer KPM. Benak hati aku. Ini menunjukkan bahawa KPM amat memerlukan guru berijazah keluaran IPG. Bukan universiti tempatan.
Namun, masih ramai yang tidak memahami dan perasan situasi ini. Malah, masih ramai yang menolak tawaran menuntut di IPG. Yeah, aku akui IPG tidak tersenarai antara universiti2 bertaraf antarabangsa. Sebab apa? Sebab IPG adalah pusat latihan dan bukannya pusat pengajian. Am I right? Oleh itu, banyaklah kemudahan2 yang disediakan tidak selengkap di universiti mahupun kolej2 di Malaysia.
IPG sebenarnya ke arah itu. IPG masih baharu. Pentadbirannya juga masih baharu. memerlukan masa untuk bergerak seantero universiti2 tempatan yang lain. Sama seperti UiTM, UTM, UKM, dan lain2 universiti tempatan yang terkenal dalam Malaysia. Mereka juga bermula sepertimana IPG sekarang. Ada kisah yang aku nak kongsikan dalam entry kali nie. Kisah mengenai junior TESL third intake yang baru mendaftar Isnin lepas.
His a boy. Selang beberapa bilik je dari bilik aku. Kenal secara tak sengaja. Aku tengah sidai baju kat ampaian dier lalu belakang aku. Diam. (anak haruan tol...tak hormat senior...) Aku panggil dier.
Aku: "Ko bile daftar? Aku tak pernah nampak pun sebelum nie?" (dengan nada kerek sket...senior...hehehe)
Dier: "Baru daftar Isnin lepas. Third intake." (gaya ala2 dak rappers...)
Aku: "Ooo...course ape? Asal mana?" (soalan common yang selalu ditanya...)
Dier: "TESL. Asal Perlis." (ooo...patut kuang ajo semacam tak tegur senior...)
Aku: "Perlis je. Dekat ar dengan rumah. Sebelum nie dapat mane?" (lanjut seket perbualan...)
Dier: "Sebelum nie kat UiTM Shah Alam. TESL jugak. Tapi, ingat nak kuar dari sini. Nak study kat UiTM."
Aku: "I see. Habis kenapa masuk sini? Kenapa tak tolak tawaran masuk IPG?" (pancing dier...mesti parent dier yang suruh masuk sini...)
Dier: "Mak dengan abah yang suh masuk sini. keadaan kat sini lain la. Saya tak boleh adapt dengan keadaan kat sini. Kat sini macam kurang fasilities je. Susah la." (hoho...baru 2-3 hari masuk dah cakap bukan2 pasal kampus aku...)
Aku: "So, nak kuar la nie? Dah confirm?"
Dier: "Entah la...tengah fikir2."
Aku: "Ooo...ok."
Aku terus sambung sidai baju. Dia terus berlalu ke bilik. Tadi aku jumpa dier lagi. Kat pantri. Sekali lagi aku aju soalan kat dier.
Aku: "So, camne? Stay sini ke balik UiTM?"
Dier: "Balik UiTM. Sabtu nie dah kuar. Semua urusan dah settle."
Aku: "Ooo...good luck erk."
Pas cuci cawan aku terus cabut masuk bilik. Dan tulis entry nie. Hoho...budak nie sama macam aku dulu. Nama pun budak. Aku dulu pun budak jugak. Pilih tempat yang best2 je. Yang de nama. Yang bile orang tanya, ko study mana, bangga je sebut UiTM; Politeknik; etc. Aku masuk IPG pun sebab parent aku. Harapan diorang. Aku turutkan saja. Masa tu aku terfikir, apa yang parent aku tentukan mungkin yang terbaik buat aku pada masa depan. Mungkin ini masanya aku ikut kata2 diorang setelah sekian lama hanya menurut kata2 anak nakal diorang sorang nie.
Dengan rela aku melangkah masuk IPG. Walaupun dalam hati terus2an memprotes. Dalam kepala otak aku zero. Layak ke aku jadi cikgu? Aku budak nakal. Buas. Main hentap je. Ikut suka hati nak buat apa. Tak minat langsung dengan kerja guru nie. Namun, setelah hampir empat tahun aku kat sini, alhamdulillah aku stabil dan mula cinta akan profesion nie.
Kekurangan bukan penghalang dalam mengejar impian. Impian aku bukan nak jadi guru. Tapi nak menggenggam segulung ijazah. Kalau aku masuk U pun dulu impian aku hanya nak mendapatkan diploma. Study kat tempat grand2 itu hanya sampingan. Jiwa mula terbentuk sebagai jiwa guru. Kembali kepada kisah budak tadi. (jauh benar aku lari dari tajuk asal...) Budak nie mungkin tak selesa kat sini. Yelah, suasana lain. Kampus Shah Alam tu besar. Kemudahan banyak dan serba lengkap. Nak2 pulak kampus tu tengah2 bandar. Macam2 boleh dapat.
Nak dibandingkan dengan IPG Kampus Perlis nie? Huh...besaq kelemboi je kata orang Perlis. Memang tak dapat lawan. Tapi, ada pro and contra. Budak nie mungkin tak dapat fikir untuk masa terkehadapan. Budak nie dipengaruhi oleh faktor kemudahan, keselesaan, rakan2 dan mungkin sosial. Tak dinafikan. Dia ke UiTM dulu. kemudian baru ke sini. So, dier dah boleh bandingkan. Keputusan pun dah memihak kepada UiTM.
Kalau aku dulu pun tak nak masuk sini, ini kan pulak dier. Dier dengan aku sama. Mahukan keselesaan. Nama pun budak. Huh...kesimpulannya, kekurangan di sini akan membantu kita semasa di sekolah kelak. Bukan semua sekolah mempunyai kemudahan dan keselesaan seperti di universiti. Dan tak semestinya kita akan di-posting-kan ke sekolah serba lengkap. Ditakdirkan kene posting ke pedalaman; nahaiiii...baru nak tengadah. Tapi, dah tak berguna.
-KATA AKU-
"Bukan kata kau"
Ulasan
Betol2.semua saya sokong..
tapi budak2 skarg susah nak tafsir apa yg dia fikir..
jumpa senior, wat xtau ja. asam kurang btol...
hormat-mhormati kan lebih afdal..
ha2.